Henry: Messi Adalah Sebab Kita Semua Membayar Untuk Menonton Bola Sepak

Messi masuk sebagai pemain gantian ketika membantu pasukannya membelasah Real Betis 5-2.

Namun sebelum perlawanan terdapat kritikan ke atas Messi kerana prestasi semasanya. Menurut mereka yang mengkritiknya, Messi tidak cukup bagus dan tidak gembira.

Di mana Messi hanya menjaringkan gol menerusi penalti sahaja.

Messi menjaringkan satu lagi gol menerusi penalti dalam aksi berdepan Betis. Tetapi gol kedua peribadinya adalah menerusi jaringan padang.

Itu adalah gol pertama Messi daripada permainan terbuka musim ini.

Sebelum sepak mula, bekas rakan sepasukan Lionel Messi iaitu Thierry Henry enggan terlibat membicangkan isu perpindahan Lionel Messi. Atau sama ada pemain itu akan pergi selepas kontraknya tamat.

Kerana menurut Henry, Lionel Messi “berhak mendapat kebahagiaan” sama ada dia memutuskan untuk meninggalkan Barcelona atau tidak.

Henry menjelaskan, semua peminat bola sepak pasti mahukan yang terbaik untuk Messi agar pemain itu kekal bahagia, kerana Messi adalah alasan kita semua menonton bola sepak.

Pemenang Ballon d’Or enam kali itu beberapa bulan lalu menghantar surat minta dilepaskan. Namun hasratnya tidak direstui Barca dan Messi akhirnya terus kekal di Barcelona.

Namun tidak ada jaminan daripada Messi bahawa beliau akan terus kekal selepas tamat musim ini. Di mana kontraknya akan tamat pada musim panas 2021.

Manchester City masih berminat mahu mendapatkan Lionel Messi dan sedia menawarkan kontrak luar biasa kepada pemain itu.

Henry juga pelik ada pihak mengkritik prestasi Messi dan mengaitkan komitmen pemain itu sudah tak seperti dahulu lagi.

Henry menyatakan Messi bermain terlalu banyak perlawanan. Dan sudah pastinya ia memberikan kesan kepada prestasinya.

“Ketika saya melihat orang mengkritik Messi, saya ketawa,” kata Henry, yang menghabiskan tiga tahun bersama Messi di Camp Nou antara 2007 dan 2010, kepada CBS Sport.”

“Orang lupa bahawa bulan lalu dia pergi bermain di Ecuador dan kemudian dia bermain di Bolivia. Kamu bahkan tidak boleh berjalan di Bolivia! Kalau kamu pemain yang berasal dari Eropah, berain di sana, kamu akan pengsan bermain di sana.”

“Orang lupa bahawa kita bukan mesin. Saya faham bahawa kamu [media] perlu menjual barang [berita] dan kamu perlu bercerita, tetapi bukan menyerang lelaki ini.”

“Serius. Saya bermain dengan Messi, ini bukan lelaki yang perlu korang serang. ”

Henry menambah Messi berhadapan dengan keputusan besar untuk dibuat ketika dia memikirkan sama ada dia mahu pergi atau tak?

Messi perlu mengambil kira hubungannya dengan Barca atau mencari cabaran baru:

“Di mana Messi harus berakhir jika dia tidak gembira? Saya tidak peduli. Messi berhak mendapat kebahagiaan. Jumlah kegembiraan yang telah dia berikan kepada orang lain tak terkira.”

“Kita membayar untuk menonton bola sepak kerana Messi. ”

“Messi berhak merasa gembira. Saya hanya berharap dia terus bermain sehingga mata saya dapat melihat sesuatu yang indah sama seperti bagaimana dia menghangatkan hati saya dengan bola sepak yang indah.”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan