Here We Go: Andre Onana Sertai Manchester United

Andre Onana dilaporkan akan menyertai Manchester United selepas urusan medikal diselesaikan.

Kedua dua kelab mencapai kesepakatan harga untuk penjaga gol tersebut. Setelah bidaan United sebelum ini ditolak.

Inter Milan sebelum ini meminta sekurang kurangnya €60 juta untuk Onana. Namun Manchester United meminta harga lebih rendah.

Dan sedia untuk beralih ke sasaran lain jika Inter berkeras dengan tanda harga mereka.

Inter dikatakan sedia mendengar tawaran lebih rendah. Onana sudah menyatakan dia mahu menyertai Man United dan sudah setuju dengan syarat peribadi ditawarkan kepadanya.

Fabrizio Romano menganggap rundingan ini sudah dikira HERE WE GO.

Onana akan menyelesaikan urusan visanya untuk ujian medikal serta menyertai terus pasukan United bagi jelajah pra musim di Amerika Syarikat.

Andre Onana calon utama menggantikan David De Gea yang tamat kontrak pada Jun lalu.

Onana dianggap penjaga gol idaman Ten Hag kerana corak permainannya yang berasaskan ball playing dan sangat sesuai untuk sistem permainan build up dari bawah.

Onana pernah menjadi penjaga gol yang bekerjasama dengan Erik Ten Hag ketika di Ajax.

Dilaporkan Onana sudah setuju dengan kontrak sehingga 2028. Pemain itu sebelum ini sudah menyatakan bahawa dia benar benar berminat untuk bermain semula di bawah Erik Ten Hag. Pengurus yang membantu mencungkil dan membangunkan bakatnya di Amsterdam.

Jadi, ianya berita yang ditunggu peminat United. Mungkin bagi sesetengah peminat ianya keceriaan berganda selepas berita Harry Maguire dipecat daripada jawatan kapten. Tak gitu?

Andre Onana penjaga gol yang tidak terikat dengan tugasan kebangsaan selepas dia mengumumkan persaraannya daripada peringkat antarabangsa ketika Piala Dunia 2022 yang lalu.

Ia dianggap satu kelebihan buat Man United.

Adakah anda rasa Onana akan mampu membantu United kembali meraih EPL?

Kongsikan pandangan murni anda.

Baca yang lain