Here We Go! Antony Ke Manchester United Dengan Harga €100 Juta

Ajak dan Manchester United akhirnya dilaporkan mencapai kesepakatan untuk perpindahan Antony. Di mana Man United setuju membayar €100 juta untuk pemain tersebut. Harga yang diminta Ajax sejak dari awal.

Antony akan memuktamadkan perjanjian kontrak sehingga 2027 dengan opsyen lanjutan semusim lagi.

Antony merupakan pemain yang diletakkan sebagai senarai bukan untuk dijual. Lebih lebih lagi pemain itu menyatakan bahawa dia sedia untuk kekal di Ajax sebelum ini demi UCL.

Namun Man United tiba tiba menguatkan pemburuan ke atas pemain itu, menjadikannya sebagai senarai keutamaan.

Ianya telah mengubah pendirian Antony. Yang diketahui, menjadi pemain luar biasa selepas dilatih oleh Erik Ten Hag.

Berlaku drama yang agak tegang dalam perpindahan Antony. Dengan Ajax terpaksa mengambil tindakan ke atas pemain itu kerana mogok mendesak perpindahan tersebut.

Manchester United sebelum ini melancarkan 3 bidaan ke atas Antony dengan angka mencecah €90 juta. Namun kesemuanya ditolak oleh Ajax.

Pengurus Ajax, Schreuder turut menyatakan dia mahu Antony kekal sambil mengingatkan bahawa, hanya orang gila sahaja yang sanggup menukar bola sepak UCL dengan UEL.

Namun Schreuder harus akui bahawa nama Manchester United itu sangat gah untuk menarik mana mana pemain Ajax menyertai mereka.

Antony pada awalnya bukan senarai keutamaan Ten Hag. Namun kegagalan mendapatkan penyerang no.9 membuatkan Ten Hag terdesak mahukan pemain itu. Dan beliau sedia bergantung kepada Marcus Rashford sebagai back up untuk Cristiano Ronaldo dan Antony Martial untuk posisi no.9.

Antony pemain sayap kanan. Dia pastinya pemain yang sangat faham kehendak taktikal Ten Hag. Selain daripada faktor gagal mendapatkan no.9, kegagalan mendapatkan De Jong juga menjadi sebab Ten Hag semakin tinggi keinginan mahukan Antony, kerana pemain itu kunci kepada sistem taktikalnya di Ajax.

Antony sebelum ini sudah mendesak kelab menjualnya. Dan menyatakan bahawa, dia kecewa dengan cara Ajax mengendalikan situasinya. Antony berkata begitu secara terbuka.

Jadi kini hasatnya sudah tercapai. Antony akan diumumkan sebagai pemain Man United.

Baca yang lain