HERE WE GO! Liverpool Setuju Jual Jordan Henderson Ke Al Ettifaq

Liverpool dilaporkan mencapai persetujuan harga dengan Al Ettifaq untuk penjualan Jordan Henderson.

Laporan sebelum ini menyebut Henderson sudah memberitahu Liverpool dia berminat dengan tawaran Al Ettifaq yang dikatakan menawarkannya gaji £700 ribu seminggu.

Kelab Arab Saudi tersebut baru sahaja melantik Steven Gerrard sebagai pengurus mereka.

Gerrard menjadikan Henderson sebagai sasaran utamanya. Kapten Liverpool berusia 33 tahun itu berminat ke Al Ettifaq selepas menyedari bahawa Liverpool dalam proses revolusi era baharu di bawah Klopp.

Klopp menjelaskan bahawa dia adalah orang yang menentukan keputusan dalam menjual pemain. Dan Klopp berpegang pada prinsip: “Saya akan menghormati kehendak semua orang.”

Itu jawapan Klopp ketika ditanya tentang berita bahawa kelab Arab Saudi mahukan Jordan Henderson dan Fabinho.

Henderson akan meninggalkan kekosongan yang harus diisi. Liverpool yang baru sahaja menandatangani Alexis Mac Allister perlu untuk mencari pengganti Jordan Henderson.

Ini kerana mereka turut melepaskan Naby Keita dan Alex Oxlade Chamberlain.

Henderson akan dikenang sebagai kapten legenda Liverpool. Kerana dia memenangi segala galanya di peringkat kelab untuk pasukan itu.

Henderson setuju dengan kontrak 3 tahun bersama Al Ettifaq. Dan dilihat sebagai kelab yang menjadi rumah persaraannya selepas ini.

Baca yang lain