Here We Go: Nunez Ke Liverpool

Lelaki yang paling dipercayai oleh lelaki lain iaitu Fabrizio Romano sudah menyebut ayat keramat Here We Go bahawa Darwin Nunez akan ke Liverpool.

Darwin Nunez yang menjadi sasaran utama Manchester United sebelum ini telah memilih untuk menyertai Liverpool ketika Jurgen Klopp menghantar delegasi untuk meminangnya.

Fabrizio Romano menyatakan: “Liverpool sedang menghampiri rundingan perpindahan tetapi Darwin Nunez dari Benfica.”

“Kesepakatan verbal sudah dicapat, dan.. here we go!”

“Pertemuan baharu akan diadakan di Portugal di antara Benfica dan Liverpool untuk memuktamadkan kesepakatan €80 juta tetap dan tambahan bonus €20 juta.”

“Kelab sedang mempersiapkan kontrak untuk menyaksikan kesepatakan ini ditandatangani dalam beberapa jam atau hari apabila segalanya sudah selesai.”

“Liverpool sudah setuju kontrak 5 tahun dengan Nunez dan ejennya. Hanya menunggu untuk menandatangani kontrak apabila segalanya selesai dengan Benfica.”

“Kertas kontrak akan dipersoalkan serta merta untuk memuktamadkan rundingan ini dan kemudian akan mengumumkan penyerang tersebut sebagai pemain baru Liverpool, sementara sekarang ini dia masih sibuk dengan urusan bersama pasukan Uruguay.”

Nunez menjadi bakat yang menarik perhatian banyak kelab di Eropah selepas dia menunjukkan aksi cemerlang bersama Benfica musim ini.

Nunez yang baru berusia 22 tahun juga merupakan penyerang kebangsaan pasukan Uruguay.

Baca yang lain