Hiba Abouk: “Saya Tak Peduli Langsung Harta Acap”

Hiba Abouk yang sebelum ini dilaporkan cuba menuntut lebih separuh daripada harta Achraf Hakimi aka Acap (panggilan di Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan terbaru tentang perkara itu.

Sebelum ini Hiba Abouk menegaskan bahawa dia tenang berdepan dengan berita yang melibatkan dirinya.

Di mana Hiba Abouk dikatakan hampa apabila mendapat tahu suaminya tidak memiliki harta atau wang yang banyak atas namanya.

Kesemua harta itu diletakkan di atas nama ibunya Achraf Hakimi.

Seorang peguam di Perancis menegaskan bahawa ketika ini Achraf Hakimi pula berhak meminta harta Hiba Abouk yang jauh lebih kaya daripadanya.

Hiba Abouk baru sahaja mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa dia baik baik sahaja. Dan dia tidak memikirkan langsung soal harga Achraf Hakimi ketika membuat tuntutan cerai.

Hiba berkata: “Inilah harinya di mana saya baik baik sahaja dan pada hari lainnya kita tahu cara menerima tekanan ataupun membuat keputusan dalam situasi sangat sukar.”

“Apabila kamu berpisah, kamu akan menstrukturkan semula hidup kamu, walaupun tiada yang istimewa tentang itu. Dan kamu harus melakukannya.”

“Dalam hidup kita ni, ada banyak momen yang baik dan momen yang tak baik. Kamu berkahwin atas dasar cinta dan kamu bercerai kerana cinta itu sudah kurang.”

“Setiap manusia itu sentiasa berubah, sentiasa beranjak, membesar dan kadangkala harus mengambil langkah sendiri.”

“Dan mungkin ada satu ketika kamu berhenti untuk mencari siapa diri kamu.”

Seterusnya Hiba Abouk menyatakan bahawa dia tak pernah sesekali memikirkan soal kebendaan dalam apa sahaja keputusan yang dia ambil dalam hidupnya.

“Dalam hidup saya, saya sepenuhnya tidak pernah terikat dengan perkara berkaitan kebendaan dan materialistik.”

“Saya meninggalkan rumah dengan satu tangan di hadapan dan satu tangan di belakang. Tanpa sokongan daripada keluarga saya [tentang keputusan mahu bercerai].”

“Namun saya harus melakukannya. Kerana persekitaran yang ada tidak menyokong keluarga saya membesar dan bebas. Ianya soal sama ada hidup saya atau mereka. Dan saya memutuskan untuk berjuang untuk diri sendiri.”

Baca yang lain