Highlight: Hatrik Haaland Bantu City Bangkit 4-2 Selepas Ketinggalan 2 Gol

Juara bertahan Manchester City berkejaran sekali lagi dan bangkit dengan mengagumkan apabila mereka bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Palace di Stadium Etihad.

Palace mendahului pada minit keempat apabila sepakan percuma Eberechi Eze yang terbias pada John Stones dan masuk ke gawang untuk gol sendiri.

City semakin ketinggalan pada minit ke-21 apabila pertahanan Palace, Joachim Andersen dibiarkan tanpa kawalan untuk menanduk masuk sepakan sudut Eze.

Tetapi juara bertahan itu yang sebelum ini bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk seri di Newcastle hujung minggu lalu, kembali melakukan kebangkitan yang sama. Cuma kali ini lebih baik. Ianya berakhir kemenangan.

Bernardo Silva memberi mereka harapan untuk mengulangi kebangkitan itu sekali lagi dengan percubaan minit ke-53 yang melencong.

City menyamakan kedudukan pada minit ke-62 apabila hantaran lintang Phil Foden sampai ke Haaland dan bekas penyerang Borussia Dortmund itu menanduk gol pertamanya di tempat sendiri sejak menyertai mereka musim panas lallu.

Pada minit ke-70, Haaland mendapat yang kelima dalam empat perlawanan, menjaringkan gol daripada hantaran Stones selepas gerakan yang fluid.

Pemain Norway itu menyumbat hatrik selepas menyempurnakan hantaran Bernardo Silva pada minit ke-81.

“Kami mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol tetapi sejak kebelakangan ini kami banyak dibolosi. Seronok dapat bangkit semula,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Apa yang Erling Haaland lakukan hari ini dia telah melakukan semua kerjayanya. Ia bukan sesuatu yang istimewa.”

Haaland kemudian berseloroh menyatakan akhirnya Phil Foden terbuka hatinya menghantar bola kepada Haaland. Ini selepas dalam beberapa perlawanan sebelum ini Foden dilihat tamak ketika Haaland berada di posisi terbaik, tetapi pemain itu memilih melakukan percubaan terus dan bola tak masuk.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan