[Highlight] Perancis 2 Maghribi 0: Les Bleus Tamatkan Perjalanan Luar Biasa Singa Atlas

Perancis menamatkan impian Piala Dunia Maghribi apabila gol daripada Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani memberiKAN kemenangan 2-0 kepada juara bertahan dalam pertembungan separuh akhir mereka dan akan bertemu dengan Argentina pada Ahadi.

Maghribi mendapat sokongan padu daripada penyokong di dalam stadium Al Bayt.

Namun Perancis memulakan perlawanan dengan gol awal oleh Theo Hernandez pada minit ke-5.

Tetapi Maghribi, pasukan dari Afrika dan juga dari Arab pertama yang pernah mara ke pusingan separuh akhir Piala Dunia, terus berjuang habis habisan walaupun kehilangan pemain utama akibat kecederaan.

Pemain gantian Kolo Muani mengesahkan kemenangan untuk Les Bleus dengan gol kedua lewat perlawanan.

Ia akan menjadi final Piala Dunia keempat Perancis dalam tujuh edisi dan mereka berharap untuk menjadi pasukan pertama sejak Brazil 60 tahun lalu untuk mengekalkan trofi apabila mereka menentang Argentina di Stadium Lusail pada hari Ahad.

Itu akan dianggap sebagai pertarungan antara Messi dan rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain Kylian Mbappe.

Maghribi telah mara ke separuh akhir selepas menewaskan Belgium pada peringkat kumpulan dan kemudian menumbangkan Sepanyol dan Portugal.

Tetapi Perancis tidak mahu menjadi mangsa seterusnya mereka. Les Bleus membuatkan pasukan bimbingan Walid Reragugui berdepan kesukaran dengan banyak kecederaan melanda.

Setelah terlepas perlawanan suku akhir, bek tengah Nayef Aguerd dipanggil kembali semula ke dalam pasukan, namun selepas itu terpaka dikeluarkan dengan Achraf Dari melangkah masuk.

Kemudian rakan pertahanannya dan kapten Romain Saiss terpaksa meninggalkan rakan sepasukannya selepas hanya beraksi selama 21 minit, dan ketika itu Maghribi ketinggalan.

Perancis membuatkan stadium yang penuh dengan penyokong Maghiribi telah tergamam dengan gol pembukaan awal, Hernandez menjaringkan dengan menerusi voli akrobatik di tiang belakang selepas rembatan Mbappe ditepis.

Hebatnya ia juga merupakan hanya gol kedua yang menembusi gawangh Maghribi pada Piala Dunia ini dan yang pertama dijaringkan oleh pemain lawan.

Azzedine Ounahi yang beraksi sangat baik kemudian memaksa penyelamatan yang cemerlang daripada Hugo Lloris tidak lama kemudian. Ianya mulai memberikan harapan bahawa Maghribi akan melakukan sesuatu sekali lagi.

Giroud kemudian melakukan percubaan terkena tiang.

Selepas Saiss dikeluarkan, Reragui menukar sistem tiga beknya dan menyamai formasi Perancis 4-3-3.

Maghribi menamatkan separuh masa dengan kuat dan hampir menyamakan kedudukan apabila pemain pertahanan Jawad El Yamiq melakukan libasan gunting yang ditepis ke tiang oleh Lloris.

Atlas Lions kemudiannya kehilangan bek kiri Bayern Munich, Noussair Mazraoui pada separuh masa, tetapi Perancis turut dihantui kebimbangan berkaitan kecergasan.

Dua daripada pemain kesebelasan utama mereka dalam kemenangan suku akhir ke atas England, Adrien Rabiot dan Dayot Upamecano, tak dapat beraksi kerana sakit.

Les Bleus sebelum ini layak ke 3 final terakhir mereka dengan jurang gol sebanyak 1 gol sahaja.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengeluarkan Giroud dan menggantikannya dengan Marcus Thuram — anak kepada Lilian Thuram yang pernah menjadi finalis Piala Dunia 1998 bersama Deschamps dan menjuarainya.

Kolo Muani kemudian masuk menggantikan Ousmane Dembele, dan dengan baki 11 minit dia menjaringkan gol dari sentuhan pertamanya, merembat masuk selepas satu lagi rembatan Mbappe ditepis.

Pemain Maghribi tahu bahawa permainan telah tamat, dan begitu juga Presiden Perancis Emmanuel Macron, berdiri untuk bertepuk tangan di kalangan peminat.

Di media sosial, peminat bola sepak memberikan penghargaan kepada Maghribi yang menurut mereka telah melakukan yang terbaik dalam Piala Dunia 2022. Memberikan inspirasi kepada ramai orang sepanjang berada di Qatar 2022.

Baca yang lain