[Highlight UEL] Bodo 0 Arsenal 1: Lihat Saka Jaring Gol Yang Melanjutkan Permulaan Sempurna Arsenal

Pemain prospek Arsenal, Bukayo Saka, berjaya menjaringkan gol tunggal untuk membantu Arsenal menang ke atas Bodo/Glimt, dalam Liga Europa.

Gol itu turut mengekalkan Arsenal dengan permulaan 100% dalam kempen UEL musim ini.

Arsenal tampil sedikit lebih menguasai dengan memegang 54 peratus bola berbanding lawan mereka. Bodo ternyata pasukan yang agak baik. Perkara itu diakui Arteta sendiri selepas tamat perlawanan.

Dari segi peluang, Arsenal melepaskan 7 percubaan dengan 1 percubaan tepat ke gawang.

Sementara itu, Bodo/Glimt mencipta 6 percubaan, 1 daripadanya tepat pada sasaran.

Statistik itu sudah cukup menceritakan bahawa ini bukan perlawanan yang mudah untuk Arsenal.

Perlawanan agak menarik pada permulaan separuh masa pertama.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam 15 minit pertama, tetapi tidak menghasilkan gol.

Sehinggalah pada minit ke-24, Arsenal berjaya membuka jaringan menerusi Bukayo Saka.

Bermula dari pergerakan dari sebelah kanan serangan, Saka bergandingan dengan Eddie Nketiah. Gerakan mereka disudahi dengan Saka melepaskan rembatan kaki kiri dari dalam kotak penalti yang membawa kepada gol.

Tertinggal satu gol, Bodo memilih untuk bermain dengan lebih terbuka.

Pada minit ke-29, pemain sayap Bodo/Glimt, Amahl Pellegrino hampir menyamakan kedudukan apabila mendapat peluang keemasan di dalam kotak penalti Arsenal.

Dia berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Arsenal, Matt Turner. Malangnya Pellegrino melepaskan rembatan kaki kanan yang melepasi palang.

Kedudukan 1-0 untuk pasukan Mikel Arteta juga kekal sehingga separuh masa.

Selepas separuh masa, Bodo/Glimt cuba meningkatkan tempo permainan mereka dan mencari gol penyamaan.

Mereka lebih giat menyerang. Ianya memaksa Arsenal terpaksa bergantung kepada serangan balas untuk menyerang lawan mereka.

15 minit terakhir, kedua dua pasukan agak seimbang. Dengan kedua duanya terus bergelut untuk mencipta peluang gol.

Tiada tambahan gol lagi terhasil dan Arsenal menang 1-0.

Kemenangan ini meletakkan Arsenal 9 mata di atas kumpulan A. 2 mata mendahului PSV Eindhoven. Kedua dua pasukan teratas masih belum bertemu. Mereka masih lagi beraksi 3 perlawanan berbanding Bodo dan Zurich yang sudah bermain 4 perlawanan setakat ini.

Ini adalah kemenangan ke-11 Arsenal daripada 12 perlawanan mereka dalam semua pertandingan musim ini.

Mikel Arteta benar benar seadng dalam proses menuai hasil.

Susuna pemain Bodo/Glimt vs Arsenal:

Bodo/Glimt (4-3-3): 12-Nikita Haikin; 3-Alfons Sampsted, 22-Marius Lode, 4-Marius Hoibraten (18-Brede Moe 89โ€ฒ), 5-Brice Wembangomo; 10-Hugo Vetlesen, 77-Patrick Berge, 14-Ulrik Saltnes; 11-Runar Espejord (88-Lars-Jorgen Salvesen 76โ€ฒ), 9-Ola Solbakken, 7-Amahl Pellegrino (32-Joel Mvuka 89โ€ฒ)

Jurulatih: Kjetil Knutsen

Arsenal (4-2-3-1): 30-Matt Turner; 3-Kieran Tierney, 12-William Saliba, 16-Rob Holding, 4-Ben White (18-Takehiro Tomiyasu 70โ€ฒ); 21-Fabio Vieira, 23-Albert Sambi Lokonga (5-Thomas Partey 84โ€ฒ); 7-Bukayo Saka (34-Granit Xhaka 59โ€ฒ), 8-Martin Odegaard (27-Marquinhos 70โ€ฒ), 24-Reiss Nelson (11-Gabriel Martinelli 59โ€ฒ); 14-Eddie Nketiah

Jurulatih: Mikel Arteta

Pengadil: Irfan Peljto (Bosnia)

Saksikan highlight di sini:

Baca yang lain