Hotel Bertemakan Naruto Ini Membolehkan Korang Menjadi Hokage

Kalau korang peminat Naruto dan mahu menjadi hokage di kampung korang sendiri, nampaknya hotel ini boleh berikan anda pengalaman tersebut.

The Grand Chariot Hokutoshichisei 135° Hotel merupakan sebuah hotel yang bertemakan Naruto. Ianya baru sahaja dibuka.

Lokasinya adalah Awaji Island Anime Park di Osaka.

Hotel ini juga berkonsepkan bangunan ala ala khemah

Dan ianya menawarkan pengalaman dengan pemandangan yang indah. Kawasannya sangat nyaman dan dingin.

Menjadi Hokage sendiri

Untuk menarik lebih ramai pelancong, hotel tersebut telah memperkenalkan vila Hokage kepada para pengunjungnya.

Seperti yang dijangka, ianya dipenuhi dengan benda benda berkaitan Naruto dari bawah sampai ke atas.

Hiasan dinding, rekaan lampu, bantal, kerusi, semualah.

Kemasan di dalam bilik tidur juga nampak sangat cantik dengan warna dan tema Naruto.

Menurut pengurusan Grand Chariot Hokutoshichisei 135° Hotel, satu suite Naruto ini boleh menempatkan lima orang.

Selain itu, korang juga boleh mendapatkan cenderamata Naruto untuk dibawa balik. Misalnya yukata (baju mandi) bertemakan Naruto, payung, beg kecil, tuala dan gula gula – kesemuanya bertemakan Naruto.

Paling penting, para peminat Naruto akan masuk percuma ke Awaji Island Anime Park, jadi boleh la korang menjadi Naruto dan Boruto yang merasai pengalaman di kawasan yang berlatarkan tema Naruto itu.

Sambil berada di sana, boleh shoot satu dua episod korang sendiri kan?

Jadi, kalau korang nak ke Jepun dan merasai pengalaman berada di pertempatan Naruto ini, boleh la siap siap menabung.

Lepas semuanya selamat nanti, gerak la ke Jepun. Sekarang ni susah sikit kan, musim penyakit melanda.

Menurut informasi, pakej penginapan di hotel Naruto tu tadi sekitar ¥93,000 (RM3,645).

Ya, tau, mahal. Kahkah. Nak buat macam mana, kau kan nak jadi Hokage.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan