Hutang Kasar Man United Kini £725 Juta, Tertinggi Dalam Sejarah

Manchester United sentiasa merekodkan hutang yang besar setiap tahun walaupun menjana pendapatan sangat tinggi.

Kebiasaan hutang mereka sekitar £500 juta lebih macam tu la. Namun kini hutang kasar kelab itu pada paras £725 juta.

Bukan kerana tak ada duit nak membayar. Namun Glazer sentiasa meletakkan timbunan hutang itu pada paras maksimum ditetapkan FFP.

Oleh sebab itu peminat Man United menyampah dengan Glazer yang berterusan mengambil wang dari kelab itu dan membiarkan hutang berlambak, sebagai salah satu cara untuk membuatkan firma lain tidak sanggup membeli Man United.

Pada Selasa, Daily Mail melaporkan hutang Man United kini adalah £521.5 juta. Dan kelab itu membuat beberapa pinjaman lagi bernilai £203.5 juta.

Jadi, Man United kini berpotensi untuk menambah hutang mereka kepada £725 juta.

Angka itu tertinggi mengatasi beban hutang mereka pada 2010.

Walaupun hutang mereka sangat tinggi, Man United sebenarnya dijangka akan meraih pendapata sekitar £640 juta pada tahun ini.

Namun seperti yang diketahui, Glazer tak akan menggunakan wang yang banyak untuk membayar hutang mereka.

Glazer malah akan sedaya upaya mengangkut wang tersebut ke dalam akaun mereka termasuk beberapa klaim yang dianggap remeh seperti penginapan hotel.

Sebelum ini ramai pemilik kelab terkesan dengan pandemik. Namun tidak Glazer, mereka masih mendapatkan bayaran bonus eksekutif seperti biasa daripada Man United.

Glazer dahulu mendapatkan Man United dengan hutang bank. Dan kemudian meletakkan hutang itu pada nama Man United.

Oleh sebab itu, ketika menjual Chelsea, Roman Abramovich meletakkan klausa anti-Glazer. Tidak mahu pemilik baharu Chelsea meletakkan mana mana hutang berkaitan pembelian kelab atas nama kelab itu sendiri.

Itu membuatkan peminat Man United kini semakin marah dan mendesak Glazer berambus dan menjual segera kelab itu kepada Sheikh Jassim.

Penyokong United yang diketuai kumpulan The 1958 telah melancarkan protes anti Glazer pada hari pelancaran jersi baharu kelab itu

Glazer dikutuk kerana melambat lambatkan proses penjualan kelab membuatkan Erik Ten Hag terasa tempiasnya.

Di mana pengurus itu sukar mendapatkan sokongan daripada pemilik kelab untuk membeli pemain baharu kerana ada isu lain.

Baca yang lain