Iaquinta, Anak Mafia Terkemuka Itali Yang Bermain Pistol Untuk Suka Suka Di Rumahnya

Korang masih ingat dengan bekas pemain Juventus dan Itali, Vincenzo Iaquinta?

Wajahnya yang jambu pastinya korang tak sangka bahawa dia sebenarnya anak kepada mafia dan terlibat dalam sindiket mafia ayahnya.

Juara Piala Dunia 2006 itu dikenakan pertuduhan dengan kesalahan terlibat aktiviti mafia dengan geng mafia di Calabria, ‘Ndrangheta’.

Iaquinta dikaitkan dengan sindiket mafia ayahnya

‘Ndràngheta adalah sindiket jenayah yang berpusat di Calabria, Itali. Walaupun tidak segah mafia Sicilia, ‘Ndrangheta adalah sindiket jenayah paling kuat di Itali pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.

Organisasi ini sering dikaitkan dengan mafia Sicilia, tetapi ‘Ndrangheta sebenarnya beroperasi secara bebas, walaupun ada kontrak antara keduanya kerana jarak dekat Calabria dan Sicilia dan budaya dan bahasa yang sama.

Seorang diplomat AS pernah membongkar aktiviti mereka kepada media dan menganggarkan bahawa aktiviti penyeludupan, pemerasan dan pengubahan wang haram organisasi itu menyumbang sekurang-kurangnya 3% daripada produk domestik kasar Itali pada tahun 2010.

Sejak tahun 1950-an, organisasi ini telah meluaskan kawasan operasi ke Itali Utara dan juga seluruh dunia.

Menurut laporan Europol 2013 yang bertajuk “Penilaian Ancaman Terhadap Jenayah Terancang Itali”, ‘Ndrangheta adalah salah satu organisasi jenayah terkuat dan terkaya di dunia.

Mereka memiliki jaringan perhubungan dengan kongsi gelap lain di seluruh dunia termasuk kartel dadah di Colombia.

Dipenjara

Pada 2018, Iaquinta dijatuhi hukuman penjara 2 tahun. Hakim mengurungkan 4 tahun daripada hukuman asal.

Ini kerana tiada bukti kukuh Iaquinta terlibat secara langsung dengan beberapa aktiviti mafia seperti pergaduhan, serangan, pemerasan, dan jenayah serangan fizikal lain.

Namun Iaquinta tetap ada kaitan dengan kumpulan mafia tersebut. Dan tidak boleh mengelak hukuman penjara kerana kesalahannya terlalu berat iaitu memiliki senjata api haram.

Lebih daripada 140 orang diadili kerana didakwa terlibat dengan gerakan mafia terkemuka di utara Itali.

Mereka disyaki menjadi sebahagian dari ‘Ndrangheta yang berusaha untuk mengacau dan mengawal sosio politik di utara negara Itali’.

Ketika diserbu, Iaquinta disahkan memiliki revolver berkaliber Smith & Wesson 357, dan 7.65 Browning Kelt-tec, serta 126 peluru. Dan ianya tanpa lesen.

Iaquinta mendakwa bahawa senjata itu digunakan untuk menjaga rumahnya.

Iaquinta: Saya suka suka je main pistol di rumah

“Saya orang terkenal,” kata Iaquinta dalam pembelaannya pada bulan Mei 2018. “Saya membeli senjata itu untuk masa depan apabila saya berhenti bermain.”

“Saya hanya menembak suka suka di rumah sebagai hobi.”

Tetapi mahkamah mengaitkan Iaquinta dengan ayahnya, yang dilarang memiliki senjata sejak 2012, kerana terlibat dengan geng ‘Ndrangheta.

Bapa Iaquinta sendiri, Giuseppe, terbukti menjadi sebahagian daripada kumpulan itu dan telah dijatuhi hukuman penjara 19 tahun,

Ketika ditemui wartawan, Iaquinta meroyan dan marah ketika ditanya soalan.

 

Baca yang lain