Ibra: “Kalau Aku 20 Tahun, Aku Dah Skor 4 Gol Tadi”

AC Milan berjaya mendapat tiga mata berharga dalam perlawanan pembukaan Serie A Mereka untuk musim 2020/21.

Milan melayan kunjungan Bologna di San Siro, dan mereka mencatat kemenangan 2-0.

Gol pertama Milan muncul selepas 35 minit menerusi tandukan oleh Zlatan Ibrahimovic selepas hantaran cantik daripada Theo Hernandez.

Dan pada minit ke-51, Zlatan sekali lagi menjaringkan gol untuk Milan.

Ini adalah kemenangan kedua yang dicapai oleh Milan dalam masa empat hari.

Sebelum ini, skuad Stefano Pioli meraih kemenangan ke atas Shamrock Rovers di pentas Liga Europa dengan skor yang sama, 2-0.

Dengan menjaringkan dua gol, Zlatan Ibrahimovic layak dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Milan cemerlang dengan mencatatkan 17 percubaan ke arah gol. Dan tujuh daripadanya adalah menerusi pemain veteran Ibrahimovic.

Dengan gol tesebut juga Zlatan Ibrahimovic sudah menjaringkan gol dalam 23 musim di liga utama.

Beliau sudah menjaringkan gol di empat dekad berbeza di sepanjang kariernya. Tidak ada tanda tanda beliau sudah kehilangan sentuhannya.

Maka tak hairanlah Zlatan mengklaim dirinya Benjamin Button.

Bercakap kepada Sky Italia selepas tamat perlawanan, Ibra menyatakan kalau masih muda, dia sudah skor 4 gol malam tadi.

Ibra turut menyatakan di ibarat Benjamin Button, yang lahir tua dan mati ketika muda – sebaik sahaja tamat perlawanan.

“Aku ni macam Benjamin Button. Aku lahir tua dan akan mati pada usia muda.”

“Jika aku masih berusia 20 tahun, aku dah skor 4 bijik hari ini.”

“Tetapi aku dah berusia 39 tahun, eh tak, 38 tahun, jadi aku cuma dapat dua gol je la.”

Ibrahimovic telah menjadi tunjang AC Milan musim lalu. Dan beliau nampaknya memberikan isyarat beliau masih lagi relevan untuk pasukannya sebagai pemain utama.

Ibrahimovic hampir meninggalkan Milan selepas tamat musim lalu. Tetapi beliau akhirnya setuju selepas dipujuk oleh Milan untuk kekal sekurang kurangnya semusim lagi.

Beliau sudah menyumbang kepada 18 gol Milan dalam 11 perlawanan terakhir beliau beraksi. Di mana beliau menjaringkan 13 gol dan 5 bantuan gol dicatatkan.

Padu kan?

Baca yang lain