Ibu Bapa Luis Diaz Diculik Di Colombia

Satu berita yang kurang enak dari Colombia melibatkan keluarga Luis Diaz. Di mana ibu dan bapanya telah diculik oleh sekumpulan lelaki di sana yang meminta wang tebusan.

Ibu bapanya sudah menjadi sasaran kerana mengetahui Luis Diaz pemain bola sepak yang berpendapat berjuta juta dollar semusim. Kejadian itu berlaku di Barrancas, di La Guajira. Dengan pihak polis sudah bertindak dan sedang berusaha untuk membawa pulang ibu bapa Diaz secepat mungkin.

Ibu bapa Diaz ketika itu sedang bercuti. Dan sekumpulan lelaki dengan bermotosikal telah datang dan terus menculik mereka dengan menyumbat mereka ke dalam van yang digunakan oleh ibu dan ayah Diaz bercuti di tempat itu.

Berita itu benar benar membuatkan peminat bola sepak terkejut dan mendoakan agar keluarga Diaz selamat. Sambil memberikan mesej sokongan kepada pemain itu agar kekal kuat menghadapi dugaan.

Luis Diaz ketika ini dalam persiapan untuk aksi EPL bersama Liverpool. Dan kemungkinan akan direhatkan kerana apa yang sedang menimpanya.

Sumber dari Colombia kemudian menyebut bahawa, ibunya kemudian sudah dibebaskan oleh penculik dan sudah selamat.

Namun polis masih berusaha untuk memastikan ayah Luis Diaz yang masih berada di tangan penculik. Mereka berharap agar ayah Diaz juga selamat.

Luis Diaz menjadi pemain yang cemerlang sejak menyertai Liverpool dari FC Porto pada 2022. Dia merupakan pemain penting untuk negaranya Colombia. Diaz pemain yang bermain sebagai penyerang sayap. Dia memiliki kelicikan dan kelajuan yang sangat tinggi ketika beraksi.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali