Ilkay Gundogan Setuju Sertai Barca Dengan Kontrak 3 Tahun

Sebelum ini Ilkay Gundogan menyatakan bahawa dia masih mahu meneruskan karier di Man City sebagai salah satu opsyen.

Gundogan sebenarnya tidak melanjutkan kontraknya yang akan berakhir pada akhir bulan ini.

Dan dia dikaitkan dengan kelab Barcelona dan beberapa kelab lain termasuk dari Arab Saudi.

Mundo Deportivo melaporkan bahawa pemain itu sudah setuju secara prinsipal.

Barcelona turut disaingi oleh PSG yang turut berminat mahu mendapatkan Ilkay Gundogan.

Mundo Deportivo menegaskan bahawa pemain itu sudah memutuskan untuk ke Barcelona. Menyertai juara La Liga tersebut di bawah kendalian Xavi.

Namun Barcelona buat masa ini enggan mengumumkan tentang perkara itu kerana menghormati Gundogan yang masih ada misi treble dengan Man City.

Man City akan berdepan Inter Milan dalam aksi final Liga Juara Juara Eropah di Stadium Ataturk, Turki.

Selepas final tersebut berakhir, Barca akan mengumumkan Gundogan secara rasmi.

Beliau menjadi pemain yang dikenalpasti oleh Xavi sebagai pengganti terbaik untuk Sergio Busquets yang sudah sah tidak menyambung kontrak dengan Barca.

Gundogan sebenarnya mulai dikaitkan dengan Barca sejak musim lalu lagi. Namun Barca tidak boleh mendapatkan pemain itu kerana FFP.

Situasinya kini, Barcelona akan mendapatkan Gundogan secara percuma selaku ejen bebas.

Gundogan yang merupakan pemain berbangsa Turki kelahiran Jerman, masih aktif dengan pasukan kebangsaan negaranya yang dibimbing Hansi Flick.

Baca yang lain