Influencer Ini Nekad Dedah Penipuan Sebalik Gambar Instafamous, Ramai Simp Tergamam Sebab Terciduk

Bukan satu kejutan sangat pun pada hari ini media sosial dipenuhi dengan kepalsuan.

Photoshop merupakan satu perisian yang sangat penting bagi ramai influencer di seluruh dunia.

Ada yang menggunakannya pada kadar yang ekstrim dan membuatkan pengikut mereka benar benar tertipu dengan rupa mereka yang sebenar.

Tubuh mereka disunting supaya menampakkan ianya langsing, tinggi dan menggoda. Lalu mendapat ribuan like malah ada yang mencecah jutaan pun ada.

Sebelum ini ada influencer yang mahu menyaman dalang yang memviralkan gambar sebenar dia sebelum disunting.

eorang IG famous dengan nama Rosa Yin/@Enrosa telah memadam akaun instagramnya. Ini kerana dia kantoi menyunting gambarnya agar menjadi lebih kurus dan slim.

Malah sebelum ini Rosa Yin turut galak mempromosikan beberapa produk untuk jadi kurus ‘macam dia’.

Ketika sedang bergambar untuk dimuat naik ke dalam IG, Ada pihak yang melihat Rosa Yin sedang berposing maut dekat sebuah kereta mewah.

Gambar tersebut memaparkan Rosa Yin bukannya kurus seperti dia di IG. Dia melakukan suntingan yang sangat ekstrim, jauh daripada rupa dia sebenar.

Gambar itu telah menjadi bualan ramai di IG terutama sekali di kalangan pengikutnya yang kecewa. Ada yang mempersendakannya.

Akibat malu, Rosa Yin telah melancarkan perang untuk mencari dalang tersebut daan bertekad mahu menyaman mereka yang bertanggungjawab di atas penyebaran imej itu.

Namun malang sekali Rosa Yin tak dapat mencari siapakah orangnya.

Rosa Yin turut mengugut sesiapa sahaja yang memuat naik dan berkongsi imej tersebut – bakal dilaporkan ke balai polis.

Dan akhir sekali dia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat kepadanya tentang orang yang mengambil gambar dan menyebarkannya.

Rosa menulis: “Jika korang ada melihat ada orang yang berkongsi gambar yang diambil secara curi, berikan saya maklumat nombor telefon, dan maklumat peribadi mereka.”

“Nanti aku bagi korang ganjaran TWD2,000  [RM287]. ”

“Dan jika korang dapat tahu siapa yang sebenarnya mengambil gambar itu, saya akan bagi TWD16,800 [RM2,410].”

“Inilah peluang korang nak buat duit.”

“Jika ada kawan korang yang berkongsi gambar ini di media sosial mereka, korang boleh screenshot, maklumkan kepada saya. Kamu akan dapat ganjaran juga.”

Rosa menjual produk untuk menguruskan badan menerusi platform e-commerce, Shopee.

Rosa turut menggunakan instagram untuk memperomosikan produk tersebut dan memberikan testimoni tentang keberkesanan produk.

Sehinggalah dia kantoi dengan gambar yang tak disunting. Ramai orang Taiwan membincangkan perkara itu di ruangan forum atas talian.

Akibat sudah rasa buntu dan kecewa, Rosa akhirnya memadamkan akaun IG nya. Namun sebelum itu, dia sempat memberitahu bahawa dia ada urusan di balai polis.

Influencer tampil dedah kebenaran di sebalik Photoshop

Terbaru, dua orang influecer di China telah berkongsi rupa sebenar mereka sebelum wajah mereka disunting.

Mereka mendedahkan di sebalik gambar yang dianggap sempurna itu adalah ilusi semata mata sambil memberitahu dunia kuasa Photoshop yang menipu ramai orang.

Influencer tersebut telah membuat keputusan drastik untuk memuat naik gambar sebenar mereka sebelum disunting.

“Selepas diambil gambar secara senyap, saya dah tak ada mood. Sebab tu gambar ni tak pernah dimuat naik kat online. Tetapi saya mengubah pendirian.”

Ini yang korang nampak di media sosial:

Dan ini rupa sebenar mereka sebelum disunting dengan kaw kaw.

Gambar dah macam artis Kpop.

Perbezaan dia memang luar biasa:

Ini ada beberapa lagi perbandingan:

Ini adalah gambar gambar yang mereka muat naik untuk menarik likers dan followers:

Gambar gambar mereka bukan sahaja viral teruk di China namun turut viral di negara lain.

Ramai juga memuji keberanian influencer ini mendedahkan dirinya yang sebenar. Tak semua orang boleh melakukannya.

Malah ada yang menyatakan mereka sebenarnya sangat kagum dengan ketelitian dan skil suntingan menggunakan photoshop oleh mereka yang terlibat.

Baca yang lain