Ini Adalah Jumlah Gaji Pengadil EPL, Elaun 1 Perlawanan Sahaja Dah RM8.5k.

Pengadil antara elemen paling penting dalam bola sepak. Tanpa pengadil sesebuah perlawanan profesional itu tidak boleh dilangsungkan. Pengadil adalah individu yang akan membuat keputusan yang sangat besar dan penting di atas padang.

Di EPL kos untuk pengadil meningkat dengan mendadak dalam beberapa tahun ini kerana mengambil kira kos VAR yang turut ada pengadil tambahan di sana. Selain itu, kontrak pengadil di EPL juga sudah jauh meningkat berbanding sedekad yang lalu.

Jadi berapakah gaji pengadil di EPL dibayar?

Korang pasti pernah tertanya tanya tentang persoalan ini. Berapakah gaji pengadil di EPL dibayar sebenarnya? Liga yang secara kosmetiknya serba mewah dan sensasi.

EPL merupakan liga paling kaya di dunia kerana hak penyiaran dan tajaannya. Setiap pasukan di EPL akan menerima sekitar £100 juta secara purata. Dengan £30 juta hak penyiaran di England dan £70 juta lagi daripada penyiaran seberang laut.

Oleh sebab itu gaji pemain pemain di EPL sangat tinggi berbanding dengan liga lain. Bukan sahaja pemain, malah pengadil di EPL turut menerima pendapatan lumayan dengan menjadi pengadil liga paling popular di dunia itu.

Setiap minggu mata dunia akan terarah ke arah pengadil selain daripada nama bintang seperti Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah. Ini kerana adanya perlawanan berprofil tinggi di EPL.

Pemilihan pengadil dibuat dengan seteliti yang mungkin untuk mengelakkan kontroversi sebelum sepak mula sekalipun.

Berdasarkan data oleh Sportekz dan Sporting Free, pengadil di England akan menerima imbuhan sekitar £1,500 atau sekitar RM8,500 untuk setiap perlawanan.

Bagi gaji tetap pula, kadar gaji mereka sekitar £70,000-£200,000 setahun ataupun RM396k-RM1.13 juta setahun yang biasanya dibayar terus ataupun dalam 2 atau 3 kali bayaran dalam semusim. Jadi korang jangan anggap diorang ni ke ATM setiap bulan pulak.

Menurut data kajian tersebut, pada ketika ini, purata gaji tetap pengadil di England keseluruhannya dalam setahun adalah £25,971 bersamaan dengan RM147,077.73.

Gaji mereka adalah berbeza berdasarkan pengalaman dan status mereka. Untuk pengadil yang dikategorikan sebagai pengadil kelas A seperti Martin Atkinson, Michael Oliver dan Mike Dean mereka semua menerima GBP200k setahun sebagai gaji asas mereka.

Berikut adalah senarai gaji pengadil di EPL:

Untuk gaji pembantu pengadil pula, mereka menerima £30,000 setahun bersamaan dengan RM170k setahun. Mereka akan dibayar £850 (RM4,813) untuk elaun setiap perlawanan yang mereka terlibat. Elaun yang sama untuk pengadil VAR bagi setiap perlawanan.

Bagi pengadil yang layak dipilih mengadili UCL, mereka akan menerima £7,500 untuk satu perlawanan UCL. Wow! Itu adalah sekitar RM42,500 untuk satu perlawanan. Kerja satu malam 90 minit.

Dengan gaji yang sebesar itu, berbaloilah nak mendengar kecaman setiap kali perlawanan, sama ada di dalam stadium atau media sosial, terutama sekali pengadil VAR. Mahupun makian daripada pemain pemain di atas padang, serta para pengurus pasukan yang tidak berpuas hati.

Apapun alasannya, pengadil tetap menjadi orang yang sangat dilindungi di atas padang. Mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi sebarang insiden menyerang pengadil secara fizikal, pasti akan membawa padah yang besar kepada pemain atau jurulatih yang melakukan kesalahan seperti itu.

Nampaknya kepada adik adik yang mahu terlibat dalam dunia bola sepak, walaupun tidak bergelar pemain, kerjaya menjadi pengadil pun boleh tahan lumayan juga. Mana tahu suatu hari nanti adik adik akan menjadi pengadil UCL ataupun berkerjaya di EPL.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan