Ini Alasan Mengapa Roman Reigns Tidak Bawa Watak Jahat Lebih Awal

Tidak dinafikan bahawa Roman Reigns kini merupakan salah seorang penggusti paling dikagumi dalam dunia gusti professional.

Keputusan WWE untuk memberikan beliau watak jahat selepas lima bulan berehat merupakan satu langkah yang sangat bijak.

Perubahan karakter Roman Reigns menjadikan beliau semakin diterima oleh para peminat dan beliau turut membawa watak tersebut dengan sangat sempurna.

Namun, mengapa WWE perlu menanti terlalu lama untuk memberi ruang kepada Roman membawa watak jahat?

Dan mengapa WWE tidak memberikan watak tersebut kepadanya lebih awal?

Menurut Paul Heyman, ianya kerana, sekitar 12 bulan lalu, Reigns masih belum memiliki kriteria yang diperlukan untuk membawa watak tersebut walau beliau sendiri sangat menginginkannya.

“Saya mahu hal ini menjadi kenyataan sejak lama dahulu, Roman Reigns dan Vince McMahon juga sudah sekian lama mahu hal ini terjadi.”

Jelas Paul Heyman kepada Sports Illustrated.

“Tetapi waktu belum mengizinkan sebelum ini. Roman Reigns masih belum mampu untuk bawa watak besar seperti ini walaupun sekitar tahun lalu.”

“Dia tak cukup kemampuan, dia tak cukup berpengalaman, dan dia tak cukup beremosi.”

“Dia masih terlihat terlalu muda. Tapi sekarang, kamu tengok muka dia, kamu akan nampak sedikit kemampuan dan lebih banyak emosi.”

Menurut Paul Heyman lagi, dua perkara tersebut sememangnya banyak membantu dalam menjayakan watak baru Roman Reigns.

“Dia telah membelasah sepupunya sendiri dengan teruk dalam sangkar neraka dan dia sendiri ada menyatakan ‘saya melakukan ini ketika kita masih kecil, dan di sini kita sekarang melakukannya sekali lagi ketika di usia 35 tahun’, dan dia memang nampak seperti seorang yang berusia 35 tahun.”

Sambung Paul Heyman lagi.

“Dia terlihat seperti seorang yang sasa di usia 35 tahun, tapi kita masih boleh lihat dia memang berusia 35 tahun. Sebelum ini dia dilihat seperti seseorang yang berumur 20 an atau awal 30 an, dan dia terlihat terlalu muda.”

“Dia tidak menakutkan, dia tidak ada parut. Sekarang, kamu boleh nampak peperangan pada wajahnya.”

“Sekarang kamu lihat tekanan atas kewajipan dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada dia ditambah pula bebanan yang dia pikul. Saya rasa itulah yang perlu ditempuhi oleh seseorang yang mahu menjadi penggusti utama dalam WWE.”

“Bebanan dan bertapa beratnya bebanan yang dia pikul, dan selepas dia sudah bersedia seperti sekarang, dia mampu laksanakan semuanya dengan sempurna.”

“Seandainya peluang seperti ini hadir lebih awal, dia mungkin tidak akan mampu untuk menjayakannya seperti mana dia lakukan sekarang.”

Jadi, menurut Paul Heyman, Reigns sebelum ini belum cukup kriteria untuk menjadi seorang penggusti utama berwatak jahat dalam WWE. Kini beliau telah berjaya melakukannya dan penantian yang berbaloi untuk Paul, Vince McMahon dan dirinya sendiri.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah