Ini Alasan VAR Pertahan Keputusan Pengadil Benarkan Gol Penyamaan Middlesbrough Walaupun Handball

Dalam aksi Piala FA di antara Manchester United dan Middlesbrough di Old Trafford, peminat Manchester United mempersoalkan kenapa gol penyamaan Middlesbrough pada minit ke-64 oleh Matt Crooks dibenarkan pengadil.

Gol yang menjadi salah satu punca United tersingkir daripada Piala FA.

Sebelum insiden itu, Manchester United terlebih dahulu di hadapan menerusi pemain kebangsaan England iaitu Jadon Sancho pada separuh masa pertama. Gol tersebut dijaringkan Sancho, 5 minit selepas Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penaltinya.

Namun pada separuh masa kedua, Middlesbrough tampil dengan intensiti yang lebih baik. Dan akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-64. Pemain yang mengakui dia peminat tegar Man United sebelum perlawanan, Matt Crook telah menjaringkan gol kontroversi.

Ini kerana ketika fasa build up, Duncan Watmore telah tertampan bola dengan tangannya, sebelum dia melorongkan bola melepasi Dean Henderson untuk disambar oleh Crooks dalam keadaan gawang yang ternganga.

Tidak mungkin pemain itu terlepas peluang keemasan seperti itu dalam hidupnya.

Pemain pemain Manchester United kehairanan, dan mengadu kepada pengadil bahawa Watmore terlebih dahulu handball sebelum melakukan assist untuk gol tersebut. Anthony Taylor pula memberikan gol itu kerana merasakan ianya bersih.

Pemain United dan pengadil perlawanan, Anthony Taylor menunggu pengadilan VAR untuk menentukan sama ada gol tersebut diberikan atau tidak.

VAR yang menyemak semula gol tersebut juga mengesahkan bahawa gol tersebut adalah bersih dan bersetuju dengan keputusan Anthony Taylor. Lalu perlawanan diteruskan.

Peminat di Old Trafford jelas sekali tidak gembira dengan keputusan pengadil. Begitu juga dengan mereka yang di media sosial. Di mana mereka benar benar mahukan kepastian dan penjelasan, bagaimana ini tidak dikira handball?

Pengulas perlawanan sendiri menyatakan bahawa sentuhan tangan oleh Watmore itu sememangnya memainkan peranan besar pada gol tersebut, di mana ianya membuatkan bola jatuh betul betul di kedudukan terbaiknya untuk melorongkannya kepada rakannya.

Namun pengulas menjelaskan bahawa ianya mungkin berkaitan dengan peraturan handball yang baharu di mana pemain yang handball adalah Watmore, dan dia bukan penjaring gol. Bermakna ada kebarangkalian Watmore dinilai sebagai secara tak sengaja handball.

Oleh kerana ianya bukan handball yang melibatkan penjaring gol maka, gol tersebut diberikan kepada Middlesbrough.

VAR kemudian menjelaskan bahawa Watmore tidak dikira melakukan foul atau kesalahan pada fasa build up gol itu kerana handball itu tidak sengaja.

Ya benar, ianya adalah tertakluk kepada peraturan baru tentang handball. Di mana, telah berlaku  perubahan ke atas peraturan handball yang tak disengajakan dalam fasa build up yang membawa kepada gol.

Peraturan baharu tentang handball yang tak sengaja atau ‘accidental handball

Jadi, Man United menjadi mangsa kepada peraturan baharu handball yang sudah dirombak pada musim ini.

Jika pemain yang menyerang handball secara tak sengaja, dan pemain lain yang menjaringkan gol [bukan pemain yang handball tak sengaja tadi] – maka sekarang ini, gol itu akan diberikan. Musim lalu, ianya kemungkinan besar tidak diberikan.

Namun begitu, pemain masih dikira melakukan kesalahan, jika mereka handball tak senjaga, dan kemudian pemain itu sendiri yang menjaringkan gol tersebut.

Seterusnya pemain tidak boleh menjaringkan gol menggunakan tangan walaupun ianya secara tak sengaja.

Dale Johnson dalam ulasannya berkata, VAR terpaksa memberikan gol itu kerana tidak mahu ianya akan mengundang kecaman. Kerana jelas sekali persoalan dia sekarang adalah kedudukan tangan Watmore yang dilihat pada kedudukan unnatural. Oleh kerana Liga Inggeris sudah mengumumkan tentang peraturan baharu ini, maka ianya akan mengundang kontroversi sekiranya gol itu tidak diberikan.

Perdebatan tentang peraturan baharu tersebut berlarutan. Kerana ramai yang merasakan bahawa Middlesbrough mendapat kelebihan dalam keadaan tidak adil untuk Manchester United.

Mereka menganggap peraturan ini sebagai tidak masuk akal dan semakin mengarut.

Perlawanan di antara kedua dua pasukan berakhir 1-1 untuk tempoh 90 minit dan dilanjutkan ke masa ekstra 30 minit. Selepas tambahan masa 30 minit, kedua dua pasukan masih terikat dan aksi diheret ke penentuan sepakan penalti.

Dalam penentuan penalti, ianya turut diheret lagi ke pusingan sudden death, Dan akhirnya dimenangi oleh Middlesbrough selepas Elanga  gagal menyempurnakan penalti beliau.

 

Baca yang lain