Ini Bukti Taktikal Koeman Membuatkan Messi Menentang Juventus ‘Seorang Diri’

Pertemuan di antara dua pemain terhebat dalam generasi mereka, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menjadi tumpuan dunia.

Namun malangnya, papan skor menunjukkan betapa mudahnya Barcelona diratah oleh Juventus di halaman mereka sendiri.

Malam yang menyaksikan Cristiano Ronaldo menjaringkan 2 daripada gol  di Nou Camp.

Namun apa yang berlaku, Lionel Messi sebenarnya pemain yang telah memberikan aksi terbaiknya.

Boleh dikatakan taktikal Ronald Koeman dan juga prestasi kurang baik daripada rakan rakannya yang lain membuatkan mereka gagal membentuk pasukan, walaupun ada Lionel Messi.

YA! Messi ‘tak ada’ pasukan pada malam itu berbanding dengan Ronaldo.

Bola sepak adalah permainan berpasukan. Walaupun kamu memiliki 11 pemain bertaraf dunia sekalipun, kalau gagal membentuk pasukan, tetap akan gagal.

Juventus bermain kombinasi dan bermain secara berpasukan lebih baik daripada Barcelona.

Carles Tusquets, yang merupakan Presiden interim di Barca berterus terang menyatakan bahawa dia tiada kuasa memecat Koeman. Itulah sebabnya Koeman masih menjadi pengurus Barca pada hari ini.

Agak kasar bunyinya untuk pengurus yang baru sahaja bersama dengan mereka dalam beberapa bulan.

Barcelona masih belum mendapat DNA permainan mereka yang jelas. Masih banyak eksperimentasi daripada Koeman.

Sebelum ini Koeman sudah memberitahu beberapa pemain untuk keluar dan tidak diperlukan termasuk Luis Suarez yang terus menuai gol di Atletico.

Berdepan dengan Juventus di Nou Camp. Barcelona harus bermain dengan lebih baik. Menang kalah itu biasa dalam bola sepak. Namun cara Barcelona kalah itu sukar diterima.

Lionel Messi sekali lagi menjadi subjek kecaman beberapa pihak. Ianya tidak adil kerana Messi sekali lagi membuktikan dia pemain terbaik yang mereka ada di dalam kehambaran mereka.

Mesi melakukan banyak perkara yang lebih bagus daripada mana mana pemain seperti; 11 percubaan ke arah gol, 7 percubaan tepat, 125 sentuhan, 19 duels – semua statistik itu adalah melebihi mana mana pemain.

Cristiano Ronaldo pula melakukan 3 percubaan ke arah gol, 2 daripadanya adalah daripada titik penalti.

Namun itulah bezanya Messi dan Ronaldo malam itu. Ronaldo ada pasukan yang membantunya dan memenangi sesuatu untuknya.

Koeman dan Pirlo dilantik pada awal musim ini. Berdasarkan pengalaman, Koeman jauh lebih lama ‘makan garam’ dalam dunia pengurusan.

Namun pada malam itu, Pirlo mendominasi beliau.

Penalti pertama adalah kerana kecuaian pertahanan muda Ronald Araujo yang kurang pengalaman dalam perlawanan sebesar ini. Namun terpaksa diturunkan kerana Barca kekurangan pemain yang cergas.

Clement Lenglet kini mulai menunjukkan dia bergelut dengan kecergasan selepas bermain terlalu banyak perlawanan.

Akibat bergelut dengan kecergasan penuh, beliau hilang fokus dan memberikan satu lagi penalti kepada Ronaldo pada separuh masa kedua.

Kekalahan ini bermakna, Juventus menamatkan tradisi cemerlang Barca sebagai juara kumpulan sejak 2012.

Ini juga permulaan terburuk Barcelona dalam Liga Sepanyol sejak 32 tahun. Mereka sebelum ini tewas 2-1 di tangan Cadiz dan berada 12 mata di belakang pendahulu liga Atletico Madrid.

Rujukan: GOAL

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan