Ini Dia 15 Pemain Paling Tinggi Dalam Sejarah Bola Sepak, Pemain China Antaranya

Dalam bola sepak, saiz merupakan antara faktor penting untuk beberapa pemain di atas padang. Misalnya seorang penjaga gol, bek tengah ataupun target man.

Malah ada keluar istilah big target man, merujuk kepada target man yang tinggi lampai di depan gol.

Walaupun mereka tidak lincah berbanding pemain dengan pusat graviti lebih rendah, namun ketinggian mereka tetap menjadi aset penting.

Berikut adalah senarai 15 pemain bola sepak yang tinggi dalam sejarah. Tiada nama Andy Carrol ye.

15. Peter Crouch- (Height: 2.01 m)

Bekas pemain antarabangsa England ini sudah bersara. Beliau bermain 15 musim di Liga Inggeris bersama dengan kelab kelab seperti QPR, Portsmouth, Aston Villa, Southampton, Liverpool, Tottenham, Stoke dan juga skuad kebangsaan England.

Dia merupakan salah seorang daripada 29 pemain yang menjaringkan 100 gol dalam EPL. Memegang rekod sebagai pemain paling banyak gol tandukan. Dia mungkin antara galah panjang terbaik dalam sejarah England untuk pemain berketinggi lebih 2 meter. Di mata Crouch menjaringkan 22 gol daripada 42 penampilan bersama 3 Singa.

Dia suka meluangkan cuti bersama keluarganya:

14. Nikola Zigic- (Height: 2.02 m)

Nikola Zigic, lahir pada 25 September 1989, juga seorang pesara. Dia bermain untuk pasukan kebangsaan Serbia sebagai target man.

Menjadi salah seorang pemain paling tinggi dalam sejarah bola sepak dan signifikan dengan kelab Birmingham City.

Dia juga bekas pemain Red Star Belgrade dan Valencia. Paling diingati adalah gol pada aksi final dalam Piala Liga 2011 menentang Arsenal. Di mana mereka menjuarainya dengan skor 1-0.

13. Jan Koller- (Height: 2.02 m)

Jan Koller dianggap pemain paling keras pada eranya. Sangat sukar mana mana pertahanan mengawalnya. Badan besar, berotot dan tinggi lampai.

Dia menjadi pemain penyerang antarabangsa Republik Czech. Kekuatan fizikal adalah senjata ampuhnya.

Dalam artikel ini, Koller mungkin pemain paling berbakat dari kalangan pemain disenaraikan.

Walaupun badannya besar, dia agak laju untuk saiznya dan juga memiliki skil yang bagus.

Dia bermain untuk Anderlecht, Borussia Dortmund dan Monaco. Memenagi piala diCzech Republic, Belgium dan Jerman. 1999 adalah musim terbaiknya.

Sepanjang kariernya, dia menjaringkan 199 gol daripada 483 perlawanan. Ratio gol untuk negaranya lagi gila wei, dia menjaringkan 55 gol daripada 91 perlawanan dan kekal menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di Republik Czech.

12. Oyvind Hoas – (Height: 2.03 m)

Pemain asal Norway ini lahir pada Oktober 1983, dan masih bermain untuk kelab Kristiansund. Beliau juga pernah bermain untuk kelab Molde yang sinonim dengan Ole Gunnar Solskjaer dan Erling Haaland.

Turut bermain untuk skuad B-21 Norway satu ketika dahulu.

11. Even Iversen – (Height: 2.03 m)

Seorang lagi pemain Norway dalam senarai. Dia tak pernah keluar dari Norway dalam kariernya. Bermain untuk Oslo East dan Flakstad IL ketika remaja. Dan kemudian bermain untuk Hasle-Loren Idrettslag. Juga pernah bermain untuk Bodo Glimt. Dia kini menjadi antara pemain paling tinggi yang masih bermain.

10. Kjell Petter Opheim – (Height: 2.03 m)

Bekas penjaga gol kelab Norway, Stryn. Bermain dari tahun 1998 sehingga 2009.

9. Costel Pantilimon – (Height: 2.03 m)

Costel Fane Pantilimon, lahir pada 1 Februari 1987. Pernah menjadi penjaga gol kedua Manchester City dan kini menyertai Al Muharraq di Bahrain.

Sebelum itu dia pernah juga beraksi untuk Sunderland, Watford dan Nottingham Forest.

Ketika di City dia kerap diberikan pujian kerana prestasi cemerlangnya. Namun dia gagal menjadi pemain utama kerana Joe Hart masa tu tak ada tandingannya.

Comel je dia layan adik adik

Dia kemudian berpindah ke kelab kecil yang gagal menaikkan namanya lebih baik lagi. Dia bermain untuk skuad kebangsaan Romania sejak 2008 lagi.

8. Lacina Traore – (Height: 2.03 m)

Ingat lagi pemain tinggi lampai ini? Dia merupakan pemain dari Ivory Coast lahir pada 1990. Digelar pokok besar ataupun “The Big Tree”. Menjadi antara pemain paling tinggi dalam sejarah.

Traore pernah bermain untuk Everton. Namun kurang menjadi.

Alamak tak nampak kepala pulak gambar. Jap..

7. Tor Hogne Aaroy – (Height: 2.04 m)

Tak pasti orang Norway ni makan apa sebenarnya. Ini seorang lagi pemain asal Norway dalam senarai pemain tinggi lampai. Bermain di Liga Norway dan kemudian ke Liga Jepun.

Dengar kata Pahang pernah nak trial dia:

Pernah menerima panggilan kebangsaan pada 27 Januari 2009. Namun terpaksa melupakan panggilan itu kerana menemani isterinya bersalin.

6. Yang Changpeng – (Height: 2.05 m)

Yang Changpeng adalah pemain yang pernah dianggap paling tinggi di dunia. Lebih tinggi daripada Crouch dan Koller.

Dia mula mendapat perhatian media ketika menyertai sesi trial di Bolton Wanderers pada 2006. Namun dia gagal!

Dia kemudian kembali ke China dan bermain untuk beberapa kelab di sana.

Changpeng merupakan pemain kelahiran Wuhan yang digelar media China sebagai Peter Crouch China.

5. Daniel Muller – (Height: 2.05 m)

Tak pastilah kalau korang ingat ke tak dengan Daniel Muller ni. Dia merupakan penjaga gol asal Jerman dan lahir pada 1992. Namun kariernya sangat perlahan berkembang walaupun pernah bersama Bayern Munich.

Gagal meyakinkan pengurus tentang kualiti sebenarnya dan kemudian dilepaskan ke Augsburg. Dan dia gagal lagi menjadi pemain utama. Lalu dia memutuskan menyertai kelab tak ternama di Bavaria iaitu SV Seligenporten.

Menurut data Transfermkt, dia sudah bersara pada usianya 29 tahun.

4. Vanja Ivesa – (Height: 2.05 m)

Vanja Ivesa, merupakan pemain yang sudah lama bersara. Bekas pemain Crotia yang lahir pada 1977.

Dalam FIFA 19 dia merupakan pemain tertinggi dalam siri permainan video tersebut.

Menghabiskan hayat kariernya di Croatia selama kira kira 2 dekad.

3. Tonny Brogaard – (Height: 2.06m)

Pemain asal Denmar ini bermain kali terakhir untuk Boldklubben Frem di Liga Divisyen 1 Denmark.

Dia memiliki ketinggian luar biasa. Pernah bermain di England bersama dengan Doncaster Rovers. Digelar ‘the Gentle Giant’.

2. Paul Millar – (Height: 2.08 m)

Paul Millar atau nama sebenarnya Paul Leech-Flannigan, merupakan bekas pemain bola sepak profesional Scotland. Kelab terakhirnya adalah Deveronvale.

1. Kristof van Hout – (Height: 2.08 m)

Van Hout setakat ini dianggap pemain bola sepak tertinggi dalam sejarah.

Bermula dengan Willem II di Belanda sebelum menyertai PSV, K.V. Kortrijk dan Standard Liege. Dia turut pernah bersama Genk pada 2013 untuk memenangi Piala Belgium.

Selepas meninggalkan Eropah dia pernah bermain di Liga Super India dari 20124 – 2015. Kemudian kembali semula ke Belgian Pro League menyertai Westerlo since 2015.

Dia malah seringkali tak perlu melompat untuk menangkap bola sepakan penjuru lawan.

Baca yang lain