Ini Dia Kelab Paling Teruk Di Liga Utama Eropah Yang Berikrar Sampai Mati Tak Akan Park The Bus

17 perlawanan dimainkan, 14 kekalahan, 49 bolos, perbezaan jaringan -36 dan tanpa mengejutkan, berada di tangga paling corot Bundesliga – dengan hanya 5 mata setakat ini.

Kelab tersebut adalah Greuther Furth. Yang bukan sahaja memecahkan rekod paling buruk dalam Bundesliga, malah menjadi pasukan paling teruk dari kalangan pasukan yang beraksi dalam lima liga utama Eropah.

Greuther Furth baru naik promosi ke Bundesliga musim ini. Kelab Bavaria itu pernah menjuarai 3 Bundesliga dari tahun 1914 sehingga 1930. Kini mereka menjadi pasukan paling sedikit mata di dalam liga utama Eropah.

Sebelum ini Greuther Furth merasai 14 perlawanan tanpa menang. Menjadikannya permulaan musim paling teruk dalam sejarah Bundesliga. Sehinggalah mereka menamatkan rekod buruk itu dengan kemenangan 1-0 ke atas Union Berlin. Tetapi itulah satu satunya kemenangan mereka setakat ini.

Pengurus Furth iaitu Stefan Leitl sebelum ini menyatakan bahawa para peminat mereka tak perlu rasa sedih dengan prestasi pasukan. Sebaliknya harus sedia memberikan tepukan kepada setiap gol yang mereka jaringkan di Bundesliga musim ini.

Setakat ini cuma 13 gol sahaja, dan tak sakit sangat tangan peminat mereka bertepuk tangan. Sebaliknya pasukan lawan mereka seringkali menikmati kenduri gol berdepan Furth.

Antaranya adalah kemenangan 7-1 dicatatkan oleh Bayer Leverkusen ke atas Greuther Furth pada awal Diember.

Kegagalan mereka setakat ini membuktikan bahawa, pemilik kelab harus sedia berbelanja untuk membeli pemain berkualiti.

Selepas dinaikkan pangkat Greuther Furth agak kedekut membeli pemain. Bekas pemain kebangsaan Belanda, Jetro Willems dan Nick Viergever serta Sebastian Griesbeck, Max Christiansen, Jeremy Dudziak dan Nils Seufert ditandangani musim panas lalu.

Namun kesemua pemain itu ditandatangani atas faktor kos murah dan bukannya dari senarai kehendak utama pengurus.

Viergever, Dudziak dan Griesbeck dibeli dengan nilai terkumpul £1.1 juta sahaja. Manakala Willems, Christiansen dan Seufert kesemuanya daripada senarai ejen bebas.

Mereka kehilangan dua pemain penting mereka musim lalu termasuk pemain kebangsaan Jerman iaitu David Raum dan juga pemain tengah Anton Stach.

Pengurus Furth, iaitu Leitl menyatakan bahawa kelab itu tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi namun pada masa yang sama, tidak seorang pun menyangka mereka sampai seteruk ini.

Leitl berkata: “Tak siapa sangka yang kami akan seteruk ini di belakang lawan kami.”

Leitl masih percaya bahawa pasukannya berhak mendapat mata lebih banyak daripada apa yang mereka dapat sekarang berdasarkan persembahan mereka dalam beberapa perlawanan.

Seterusnya, Leitl seorang pengurus yang sentiasa mahukan bola sepak menyerang. Penyokong mereka malah mendesak agar Greuther Furth park the bus sahaja daripada cuba bermain bola sepak mahal berasaskan high pressing serta counterpressing.

Ramai yang merasakan bahawa pasukan yang ada sekarang tidak sesuai untuk bermain dengan falfasah gegenpressing tersebut.

Tetapi Leitl menegaskan bahawa dia tak akan sesekali menukar corak permainan mereka sama sekali. Sampai mati dia akan mempertahankan cara bermain mereka selagi lagi dia menjadi pengurus.

Peminat mereka semakin risau dengan kedudukan kelab. Kerana buat masa ini, kemenangan adalah paling penting, tak kira dengan cara apa sekalipun.

Leitl menikmati kejayaan mereka menang ke atas Union Berlin dua minggu lalu dan menyatakan sekali lagi bahawa, DNA mereka adalah bermain terbuka dan menyerang.

Malangnya mereka kemudian gagal meneruskan rentak kemenangan ketika seri dengan Augsburg dan menamatkan separuh musim untuk cuti Natal sebagai pasukan di tangga tercorot.

Pengurusan tertinggi sudah mengeluarkan surat pekeliling bahawa cuti krismas pemain dan staf kejurulatihan dipendekkan. Dan semua diminta kembali ke kompleks latihan pada 27 Disember.

Kenyataan rasmi sudah dibuat oleh Pengarah Sukan mereka iaitu Rachid Azzouzi. Misi mereka sekarang adalah mahu mengelak penyingkiran.

Baca yang lain