Ini Ramalan Pemenang Ballon D’Or Sedekad Akan Datang Oleh BR Pada 2011

Pada 2011 Bleacher Report telah membuat ramalan tentang bakal pemenang Anugerah Bola emas itu untu 10 tahun akan datang.

Sejak 2010, Ballon d’Or telah menyaksikan duopoli oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo selama sedekad sehinggalah dipecahkan Luka Modric pada 2018.

Berikut adalah ramalan dan keputusan pemenang:

2012
Ramalan: Lionel Messi

Keputusan: Lionel Messi

2013
Ramalan: 1.) Lionel Messi, 2.) Cristiano Ronaldo, 3.) Zlatan Ibrahimovic

Keputusan: 1.) Cristiano Ronaldo, 2.) Lionel Messi, 3.) Franck Ribery

2014
Ramalan: 1.) Cristiano Ronaldo, 2.) Sergio Aguero, 3.) Mario Balotelli

Hasil: 1.) Cristiano Ronaldo, 2.) Lionel Messi, 3.) Manuel Neuer

2015
Ramalan: 1.) Mesut Ozil, 2.) Karim Benzema, 3.) Gareth Bale

Keputusan: 1.) Lionel Messi, 2.) Cristiano Ronaldo, 3.) Neymar

2016
Ramalan: 1.) Mario Balotelli, 2.) Gonzalo Higuain, 3.) Eden Hazard

Keputusan: 1.) Cristiano Ronaldo, 2.) Lionel Messi, 3.) Antoine Griezmann

2017
Ramalan: 1.) Eden Hazard, 2.) Thomas Muller, 3.) Aaron Ramsey

Keputusan: 1.) Cristiano Ronaldo, 2.) Lionel Messi, 3.) Neymar

2018
Ramalan: 1.) Neymar, 2.) Marco Reus, 3.) Leandro Damiao

Hasil: 1.) Luka Modric, 2.) Cristiano Ronaldo, 3.) Antoine Griezmann

2019
Ramalan: 1.) Oscar, 2.) Jack Wilshere, 3.) Neymar

Keputusan: 1.) Lionel Messi, 1.) Virgil van Dijk, 3.) Cristiano Ronaldo

2020
Ramalan: 1.) Alex Oxlade-Chamberlain, 2.) Lucas Moura, 3.) Mario Gotze

2021
Ramalan: 1.) Iker Muniain, 2.) Thiago Alcantara, 3.) Souleymane Coulibaly

Hanya dua saja ramalan yang tepat untuk pemenang.

Beberapa nama pelik dalam senarai ramalan. Antaranya Mario Balotelli dan Leandro Damiao.

Damiao pernah menjadi rebutan di seluruh dunia, namun hilang tanpa dikesan selepas itu.

Ramalan untuk pemain seperti Ozil, Neymar dan Hazard tu kira ok lagi sebab mereka pada tahu tersebut dalam prestasi yang baik.

Ramalan untuk tahun 2019, menyaksikan ada nama Oscar dan Jack Wilshere dalam top 2.

Tahun 2020 sah tiada Ballon d’Or, namun ramalan BR ternyata jauh terpesong. Alex Oxlade Chamberlain dan Lucas Moura jauh daripada potensi calon utama. Manakala Mario Gotze sudah lama hilang taringnya.

Bagi tahun 2021, juga dilihat sukar menjadi kenyataan.

Harus diakui dominasi Ronaldo dan Messi benar benar hebat.

Tiada Ballon d’Or tahun ini

Tiada anugerah Ballon d’Or pada tahun ini selepas bola sepak di seluruh dunia ditangguhkan seketika kerana koronavirus.

Sukan bola sepak terutama sekali liga elit di Eropah antara yang sangat terkesan dengan impak wabab ini. Di mana liga liga di Eropah terpasa ditangguhkan sehingga Jun.

Malah ada liga yang ditamatkan lebih awal. Liga Perancis dan Liga Belanda antaranya. Lebih malang buat Eredivisie apabila liga dikira null and void di mana tiada juara.

Dengan mengambil kira isu ini, maka penganjur Ballon d’Or iaitu France Football Magazine memutuskan untuk tidak memberikan penghargaan bola emas.

Editor France Football iaitu Pascal Ferre menyatakan: “Ini tahun yang aneh sehingga kami tak mampu menganjurkannya seperti biasa.”

“Kami sudah membahas keputusan ini sejak dua bulan yang lalu” tambah beliau lagi.

“Itu bukan keputusan yang mudah untuk kami ambi, tetapi kami harus menerima bahawa tahun ini tidak mampu untuk mengadakan Ballon d’Or secara normal seperti yang semua orang tahu.”

“Ini kerana kami risau kami akan memberikan penghargaan yang tidak adil.”

Ferre menjelaskan sedemikian kerana ada beberapa pemain yang sudah tidak bermain lagi musim ini kerana liga ditamatkan.

Ballon d’Or merupakan penghargaan tahunan untuk pemain yang menonjol dalam satu tahun kalendar musim bola sepak.

Pemberian bola emas pertama dilakukan oleh France Football pada 1956, dan pemenang sulung ialah Stanley Matthews.

Dan inilah pertama kali Ballon d’Or tidak diadakan sejak itu.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil