Ini Sebab Kenapa Chelsea Mungkin Perlu Tukar Nama Jika Tinggalkan Stamford Bridge

Chelsea dilaporkan sedang dalam perancangan untuk berpindah ke stadium baharu. Ini kerana kesukaran untuk menambah kapasiti Stamford Brigde.

Chelsea merupakan salah satu kelab berpengaruh di dunia pada masa ini. Terutama sekali selepas revolusi Roman Abramovich.

Menmbuatkan kelab itu menjadi antara kelab yang paling ramai penyokong dari seluruh dunia.

Namun Chelsea berdepan kesukaran untuk memaksimumkan keuntungan pada hari perlawanan.

Hal ini kerana mereka tidak dapat menambah saiz Stamford Bridge yang dianggap stadium keramat The Blues.

Lokasi Stamford Bridge di London itu memang sudah padat. Dan dianggap mustahil untuk diluaskan lagi saiznya.

Chelsea antara pasukan besar di Eropah yang tidak dapat memaksimumkan jualan tiket hari perlawanan kerana kapasiti Stamford Bridge yang agak terhad iaitu 40,343 penonton sahaja untuk satu masa.

Saiz itu sangat kecil memandangkan Chelsea memiliki ramai bintang di dalam pasukan mereka. Stamford Bridge stadium kesembilan terbesar dari segi kapasiti.

Todd Boehly benar benar serius untuk mempertimbangkan keluar dari Stamford Bridge ke stadium lebih besar selepas berbelanja £550 juta pada pasaran perpindahan pemain sejak dia tiba.

Namun jika itu berlaku, Chelsea berkemungkinan perlu menukar nama kelab mereka.

Kenapa?

Chelsea Pitch Owners PLC (CPO) yang kini berpangkalan di Stamford Bridge memiliki kuasa untuk menentukan sama ada Chelsea boleh membawa sekali nama tersebut bersama mereka ataupun tidak.

CPO merupakan pemegang hak stadium yang bebas. Dan pemilik harus membeli hak itu daripada mereka jika mahu memiliki kuasa penuh ke atas nama Chelsea.

Namun langkah membeli hak itu dianggap agak membazir jika sesebuah kelab itu mahu membina stadium baharu.

Buat masa ini Todd Boehly lebih mementingkan soal kutipan hari perlawanan untuk memastikan kelab itu mendapat pendapatan yang maksimum.

Tetapi sudah pastinya peminat berharap agar Chelsea akan mengekalkan identiti kelab itu dari segi nama. Kerana ianya sudah dianggap keramat.

Baca yang lain