Ini Struktur Gaji Man United Kini, Bayar £550k (RM3.1 Juta) Seminggu Untuk Keeper Sahaja

Dean Henderson akan menerima kontrak baru yang menyaksikan kenaikan gaji hampir dua kali ganda.

Jadi, beliau bakal memperoleh jumlah yang sama dengan bintang bintang sensasi mereka – Bruno Fernandes.

Henderson, 23, hampir menandatangani perjanjian Old Trafford empat tahun yang baru bernilai £100,000 seminggu.

Penjaga gol England itu hanya menandatangani perjanjian £60k seminggu hanya dalam setahun tahun lalu.

Dan penjaga gol tersebut sudah sedia menerima perjanjian baru. Ini menunjukkan bahawa Red Devils serius mahukan pemain itu terus kekal dan mencabar kedudukan De Gea.

Seperti biasa, United memasukkan klausa opsyen lanjutan 12 bulan khas. Ini yang senantiasa membuatkan gaji pemain United akan lebih mahal berbanding kelab lain.

United kini mempunyai 4 penjaga gol dalam pasukan utama. Manchester United mengesahkan Dean Henderson dimasukkan dalam senarai pasukan utama Man United bagi menghadapi musim hadapan – musim 2020/21.

Pemain berusia 23 tahun itu menaikkan namanya dengan prestasi cemerlang dalam dua musim pinjamannya di Sheffield United.

Beliau kini sudah bersedia untuk kembali ke Old Trafford selepas konsisten. Sebelum ini nama Dean Henderson hanya disenaraikan dalam senarai B-23 dan membuatkan beliau tersedia untuk dipinjam mana mana pasukan.

Sheffield kemudian datang sekali lagi untuk meminjam pemain itu yang sebelum ini membantu mereka naik ke EPL.

Dengan tersenarainya nama beliau dalam skuad utama, ini bermakna Dean Henderson mungkin akan bermain di United musim hadapan dan mencabar kedudukan De Gea dan Sergio Romero.

Dean Henderson pernah menyatakan bahawa beliau mahu menjadi penjaga gol utama ataupun dilepaskan ke pasukan lain untuk musim hadapan.

Ini kerana Henderson mahu mencabar tempat dalam skuad utama England dengan Euro 2020 dianjak ke tahun hadapan.

Chelsea antara pasukan yang berminat mendapatkan Dean Henderson selepas prestasi hambar Kepa Arrizabalaga.

Man United masih berbincang dengan Dean Henderson berkenaan dengan kontrak baharunya.

Dean Henderson sudah menunjukkan isyarat bahawa beliau sedia untuk pergi ke pasukan lain untuk mencari minit perlawanan yang lebih banyak kecuali United memberikannya slot no.1.

Dilema United

Paling tidak United memberikannya jaminan untuk mencabar kedudukan De Gea dan menilai prestasi secara merit.

Situasi di United ketika ini, mereka sudah melanjutkan kontrak De Gea dengan tempoh panjang.

Dan kemudian Sergio Romero biasanya diberikan slot sebagai penjaga gol kejohanan piala terutama sekali domestik. Walaupun musim ini banyak kali De Gea mengambil peranannya.

Sergio Romero antara pemain yang dalam senarai mungkin akan dilepaskan. Dengan Leeds United berminat mendapatkan Romero.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini masih melabel De Gea sebagai terbaik di dunia dan memberikan jaminan De Gea tetap akan menjadi no.1 dalam pasukannya.

De Gea berdepan dengan isu tidak konsisten dalam dua musim terakhir ini. Musim ini United memperbaiki aspek pertahanan mereka secara mendadak. Namun De Gea terlibat dalam beberapa insiden dengan kesilapan yang mengejutkan.

Ianya adalah keputusan sangat berani untuk Ole menggantikannya dengan Henderson sebagai no.1. De Gea melanjutkan kontrak beliau di Old Trafford pada musim lalu. Dan menjadikan De Gea penjaga gol dengan gaji tertinggi di dunia.

Henderson pula sudah memberitahu bahawa beliau ingin menjadi no.1 di kelab dan pasukan kebangsaan. Ini selepas Jordan Pickford turut melakukan banyak kesilapan musim ini.

United bayar £550k/minggu untuk penjaga gol

Ini juga bermaksud, dengan kenaikan gaji Henderson, United akan membelanjakan £550k seminggu hanya untuk penjaga gol mereka, dengan pemain Sepanyol De Gea memperoleh £350k, Sergio Romero (£70k) dan Lee Grant (£30k).

Kerana United dilaporkan akan melepaskan Joel Pereira. Jika pemain itu kekal juga dalam pasukan utama United, bermakna mereka akan membayar lebih tinggi daripada itu.

Mason Greenwood juga mendapat kenaikan gaji semasa memecah masuk ke dalam pasukan pertama, setelah ditawarkan £40,000 poundsterling seminggu.

Musim lalu United adalah paling atas sekali dalam senarai membayar gaji pemain di EPL.

Satu fakta mengejutkan adalah, United membayar gaji £352 juta untuk gaji pemain dan kakitangan lain – semasa kempen 2018/19.

Ianya adalah 56% daripada pendapatan kelab mereka yang menjanan £627 juta sepanjang tahun.

Pada musim sebelumnya, 2017/18, tangga gaji United berjumlah £296 juta sementara pendapatan adalah £590 juta yang bermaksud nisbahnya adalah 50 peratus.

Musim lalu 11 bintang United memperoleh lebih daripada £100,000 seminggu atau lebih.

[Pemain / Gaji Tahunan / Gaji Mingguan]

Baca yang lain