Inter Lawan Brescia, Aksi Terbaik Alexis Sanchez Di Serie A

Keputusan Inter Milan untuk menyambung kontrak pinjaman Alexis Sanchez semakin berbaloi.

Tempoh pinjaman itu dilanjutkan kerana jadual perlawanan dianjakkan sedikit kedepan kerana liga ditangguhkan akibat pandemik coronavirus.

Inter akan terus menggunakan khidmat pemain kebangsaan Chile itu sehingga Serie A 2019/20 menutup tirai.

Semalam, Sanchez membintangi perlawanan yang menyaksikan Inter Milan membelasah Brescia 6-0. Pemain ini diturunkan dalam kesebelasan utama menggantikan Romelu Lukaku yang diletakkan di bangku simpanan.

Sanchez yang dipinjam dari Manchester United menjaringkan 1 gol melalui sepakan penalti dan menyumbang 2 bantuan gol ketika Inter mahu mengekalkan harapan tipis mereka merebut gelaran Serie A.

Sanchez melakukan setup membolehkan Ashley Young melakukan jaringan voli menarik selepas 5 minit permainan dimulakan di San Siro.

https://twitter.com/CoppaVids/status/1278382486171631623?s=20

Selepas itu dia menyempurnakan sepakan penalti bagi menggandakan kelebihan selepas Victor Moses dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Danilo D’Ambrosio menjaringkan gol ke-3 sebelum separuh masa pertama tamat, menyempurnakan hantaran lintang dari Ashley Young.

Roberto Gagliardini menambah luka Brescia apabila menjaringkan gol hasil dari sepakan percuman Sanchez pada minit ke-53.

Selepas itu giliran Christian Eriksen menjaringkan gol pertamanya di Serie A sejak perpindahan dari Tottenham Hotspur pada Januari lepas.

Gol tersebut berlaku apabila dia menyambar percubuaan Romelu Lukaku yang muntah dari dakapan penjaga gol Brescia, Jesse Joronen.

Antonio Candreva melengkapkan kemenangan bergaya Inter Milan apabila menjaringkan gol ke=6 dari situasi sepakan penjuru.”

Selepas perlawanan itu Inter Milan berada 8 mata dibelakang pendahulu liga dengan baki 9 perlawanan perlu dilalui.

Sanchez yang baru membuat penampilan ke-4 liga, telah dilanjutkan pinjaman sehingga tamat musim ini.

“Kami membawa kesini kerana kualitinya. Sayangnya kami kehilangannya sebagai pilihan utama untuk tempoh yang lama.” Kata Conte

“Sekarang dia mula menemui sentuhannya walaupun dia bukan lagi Sanchez yang saya minati ketika di England.”

“Apa yang saya boleh katakana ialah dia berada di landasan yang betul, dia menampilakan permainan yang hebat hari ini.”

Sekali lagi Brescia turun tanpa Mario Ballotelli telah terperosok di tangga terbawah liga. Penyerang itu masih berterusan dalam pertikaian tentang kontrak.

Mereka kekal di zon penyingkiran dan 8 mata kurang dari zon selamat. Brescia juga gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 14 perlawanan terakhir.

Inter Milan: Samir Handanovic (7.5); Alessandro Bastoni (7.8), Stefan de Vrij (6.8); Ashley Young (9.0), Victor Moses (7.8), Roberto Gagliardini (8.2), Nicolo Barella (7.3); Borha Valero (6.9), Lautaro Martinez (6.9), Alexis Sanchez (9.5)

Andrea Ranoccia (7.2), Antonio Candreva (7.7), Lucien Agoume (6.3), Christian Ericsen (7.7), Romelu Lukaku (6.6)

Brescia: Jesse Joronen (5.8); Stefano Sabell (6.4), Alessandro Semprini (5.3), Andrea Papetti (5.4), Ales Maateju (4.9); Simon Skrabb (6.2), Daniele Dessena (6.2), Sandro Tonali (6.5); Jaromir Zmrhal (6.0), Alfredo Donnarumma (5.7), Florian Aye (5.9)

Andrea Ghezzi (5.8), Nikolas Spalek (5.9), Massimilialo Mangraviti (5.8), Ernesto Torregrossa (6.6), Birkir Bjarnason (5.7)

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan