Inter ‘Lupa’ Bayar Tunggakan £47.3 Juta, Woodward Minta Berikan Martinez Kalau Tak Mampu Bayar

Inter Milan dilaporkan telah gagal untuk membayar hutang baki yuran perpindahan serta bonus Lukaku mengikut jadual yang ditetapkan.

Inter membeli Lukaku dari Manchester United dengan yuran perpindahan £73 juta pada 2019. Namun mereka masih berhutang sebanyak £43 juta untuk yuran perpindahan dan bonus sebanya £4.3 juta lagi.  Jadi keseluruhannya adalah £47.3 juta.

Laporan di Itali menyatakan bahawa Manchester United menerusi eksekutif mereka, Ed Woodward telah meminta Inter Milan melangsaikan kesemua tunggakan dan baki hutang tersebut. Jika tidak Man United meminta Inter Milan membayarnya dengan cara lain iaitu memberikan mereka pemain yang memiliki nilai setara dengan hutang mereka.

Corriere dello Sport melaporkan bahawa The Red Devils telah memberitahu Inter bahawa mereka dengan senang hati mengenepikan baki bayaran sebagai ganti salah satu pemain bintang kelab. Beberapa nama pemain di dalam senarai United termasuk Milan Skriniar dan penyerang Lautaro Martinez juga disebutkan namanya.

Inter Milan dimiliki oleh Suning Holdings Group, salah sebuah syarikat terbesar di China, tetapi terdapat kebimbangan mengenai status kewangan mereka sekarang di tengah wabak.

Suning malah terpaksa menutup operasi kelab Jiangsu FC kerana mahu fokus kepada Inter Milan sahaja. Mereka tidak memiliki wang yang cukup untuk menampung kos kedua dua pasukan kerana isu ekonomi yang melanda sukan pada hari ini.

Isu kewangan

Suning telah mencadangkan mereka akan fokus kepada ‘perniagaan teras’, tetapi tetap komited untuk menjaga Inter Milan dengan melabur untuk menguatkan pasukan.

Inter mengakhiri perkongsian mereka selama 26 tahun, £ 10 juta setiap musim dengan penaja baju, Pirelli, kelab itu mengeluarkan kenyataan, mengisyaratkan Suning mencari rakan untuk membantu membiayai pasukan gergasi Itali itu.

Pirelli merupakan sebuah jenama yang sangat sinonim dengan Inter Milan. Dan pihak Inter sudah mengesahkan bahawa musim ini adalah yang terakhir untuk kerjasama kedua dua kelab tersebut.

26 tahun lamanya syarikat tayar itu menjadi penaja baju Inter Milan. Telah ramai pemain yang ikonik memakai jersi tersebut sejak mereka mulai menaja Inter pada 1995/96 termasuk Ronaldo, Roberto Carlos, Adriano, Wesley Sneijder, Zlatan Ibrahimovic, Zanetti dan ramai lagi.

Dengan Pirelli, Inter Milan memenangi 5 kejuaraan Serie A, 4 Coppa Italia, 1 UEFA Cup, 1 UCL, 1 Piala Dunia Kelab dan tak lupa kejayaan treble tunggal kelab Itali.

Pirelli juga mengesahkan bahawa mereka sudah berunding dengan Inter Milan untuk melanjutkan tajaan namun ianya gagal mencapai kesepakatan. Namun Pirelli menegaskan bahawa hubungan baik mereka dengan Inter akan terus terpelihara.

Tahun lalu, publikasi di Itali melaporkan bahawa syarikat konglomerat China, Evergrande Group dijangka akan menggantikan Pirelli selaku penaja depan jersi.

Sempre Inter menyatakan bahawa Evergrande Group merupakan calon paling utama ketika ini untuk mendapatkan hak penajaan itu berbanding dengan yang lain.

Inter kini masih risau dengan situasi kewangan kelab mereka. Walaubagaimanapun, Suning Group berikrar akan terus melabur dalam kelab Itali tersebut.

Dan mereka dikatakan dalam proses menutup operasi kelab yang mereka miliki di China Super League iaitu Jiangsu FC.

Ini kerana fokus Suning sekarang adalah Inter Milan dan projek yang lebih besar bersama pasukan tersebut. Tindakan mereka menamatkan operasi kelab yang menjadi juara CSL itu mendapat banyak reaksi. Ramai yang kecewa dengan mereka.

Namun Jiangsu beterusan rugi dengan bil gaji pemain yang tinggi, namun pendapatan rendah. Manakala pandemik telah memburukkan lagi keadaan.

Tidak pasti sama ada Suning akan memberikan hak penajaan kepada Evergrande Group. Namun yang pasti Pirelli sudah mengesahkan bahawa mereka dan Inter Milan sudah menamatkan kerjasama lebih dua setengah dekad.

Suning berkata: “Sebagai sebahagian dari struktur modal dan pengurusan kecairan yang berterusan, perniagaan dan pemilikan kami sedang dalam perbincangan untuk memberikan pelbagai penyelesaian dalam hal ini.”

“Walaupun Suning telah mengesahkan komitmen mereka untuk menyokong kelab secara kewangan dengan atau tanpa sokongan tambahan dari luar, adalah masuk akal dan bijaksana juga untuk melihat opsyen luar.”

“Dengan itu, Suning melantik penasihat utama di Asia untuk bekerjasama dengan mereka untuk mencari rakan kongsi yang sesuai, sama ada dengan suntikan modal ekuiti atau sebaliknya.”

“Perbincangan dengan rakan kongsi berpotensi utama dalam hal ini tetap berlangsung.”

Baca yang lain