Inter Miami Mahu Satukan Semula Messi Dan Ramos

Inter Miami dilaporkan berminat untuk menggabungkan semula Sergio Ramos dengan Lionel Messi.

Messi akan melapor diri minggu ini di kelab itu. Dijangka akan bergabung semula dengan Sergio Busquets, dan kemudian kelab masih berusaha mendapatkan Jordi Alaba serta Luis Suarez.

Kini seorang lagi bekas rakan sepasukan kesayangan Messi di PSG, Sergio Ramos berada dalam radar Inter Miami.

Ramos dan Messi kerap kali bercakaran dan bertikam lidah di atas padang ketika mewakili Real Madrid dan Barcelona dalam aksi el clasico.

Namun segalanya berubah ketika Messi menyertai PSG.

Ramos malah menawarkan Messi untuk menumpang sementara di rumahnya bersama keluarganya.

Hal ini kerana ketika itu Messi terpaksa duduk di hotel bersama isteri dan anak anaknya sementara mencari rumah baharu yang sesuai.

Ketika di PSG, Sergio Ramos dan Lionel Messi sangat rapat. Malah saling sokong menyokong antara satu sama lain.

Pernah satu ketika,Β  Messi memberikan Ramos penalti untuk membolehkan pemain itu kembali mendapat keyakinan dan keseronokan atas padang selepas bergelut dengan kecederaan.

Ramos juga seringkali menjadi pemain pertama yang meraikan gol Messi jika dia ada di atas padang.

Inter Miami mendapat persaingan daripada Kelab Pro Saudi yang turut mahukan Ramos.

Sergio Ramos gagal mendapatkan kontrak baharu dengan PSG dan kini bergelar ejen bebas. Messi pula tidak mahu menerima lanjutan kontrak di PSG. Detik karier yang menurut Messi sangat getir baginya dan dia mahu mencari ketenangan di Amerika Syarikat setelah memenangi segalanya dalam bola sepak.

Baca yang lain