Isteri Polis Pembunuh Fail Cerai Kerana Tidak Dapat Menerima Kelakuan Lakinya

Kellie Chauvin, isteri kepada polis yang kini berdepan pertuduhan membunuh George Floyd, telah memfailkan cerai.

Keputusan Kellie itu dibuat selepas suaminya dikenakan pertuduhan pembunuha ‘third-degree’ pada 29 Mei.

Awal minggu lalu, Chauvin dirakam telah meletakkan lutun di atas leher George Floyd sehingga dia sesak nafas dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum meninggal dunia, Floyd sempat meronta ronta dan menyatakan dia tak dapat bernafas sambil memanggil mamanya.

Namun Chauvin tak memperdulikannya. Malah dia tak nak mendengar nasihat kawannya yang ada di situ.

Floyd yang disyaki menggunakan duit palsu telah ditahan dengan kejam. Awalnya, dia menuduh Floyd cuba melawan. Namun satu lagi video memaparkan Floyd langsung tak melawan.

Kesemua empat pegawai polis yang berada di situ telah dipecat serta merta.

Derek Chauvin pula menjadi satu satunya pegawai yang dikenakan pertuduhan membunuh George Floyd.

Peguam kepada isterinya, Kellie memberitahu The Insider bahawa anak guamnya secara rasmi menfailkan cerai ke atas suaminya.

Menurut kenyataan peguamnya, Kellie sangat marah dan terkejut dengan kematian George Floyd serta menyatakan dia sangat simpati dengan mediang.

Kelly menyampaikan rasa sedih dan simpatinya kepada keluarga mangsa.

Kelly dan suaminya tidak ada anak kandung. Namun dia meminta orang ramai tidak mengapa-apakan anak Chauvin dengan isterinya terdahulu dan berharap keluarga Chauvin yang lain berada dalam keadaan baik baik sahaja.

Kematian Floyd telah disiasat oleh FBI. Protes besar besaran dilakukan di beberapa bandar di Amerika Syarikat. Ada yang bertindak membakar balai polis.

Petunjuk perasaan marah dengan sikap polis yang dianggap rasis.

Di seluruh dunia, ramai yang memberikan solidariti kepada George Floyd. Ini termasuk selebriti ternama dan bintang bola sepak.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang