Isteri Suruh Lelaki Ini Lelong Murah PS5 Selepas Tahu Itu Bukan Air Purifier

Seorang lelaki Taiwan terpaksa menjual semula PS5 setelah isterinya mendapati ia bukan alat pembersih udara / air purifier seperti yang dia katakan kepada isterinya.

Memandangkan betapa sukarnya mendapatkan PlayStation 5 pada masa ini, ia adalah sesuatu yang sangat tragik apabila dia terpaksa menjual semula.

Sebenarnya, lawak untuk menyatakan bahawaa PS5 adalah pembersih udara berlegar di media sosial. Dan lelaki itu menganggap ia satu gurauan yang boleh diguna pakai.

Selepas dia menerangkan kepada isterinya bahawa dia mahu membeli pembersih udara, sang isteri memberikan kebenaran, atas alasan kebersihan dan kesegaran udara.

Si suami tahu lambat laun taktik itu akan kantoi juga. Namun tak menyangka isterinya langsung tak beri peluang dan memintanya melelong PS5 itu.

Lelaki bernama Jin Wu yang menjadi pembeli Ps5 itu menyatakan dia bertuah. Namun di sebalik kisah itu dia menyatakan ada kisah duka.

Wu menyatakan dia menghubuni sang penjual. Isteri pemilik PS5 itu menguruskan kesemua urusan jual beli itu. Lagi best, Wu mendapat harga yang jauh lebih murah. Pada ketika dunia berdepan masalah reseller/scalper yang menjual harga tak masuk akal.

Wu yakin bahawa itu bukan satu scam berdasarkan maklumat diberikan wanita itu. Lalu dia pergi ke rumah mereka.

Setibanya di rumah lelaki itu, Wu bercakap dengan dia. Dan bertanya dari mana dia membelinya. Lelaki itu menyatakan daripada PChome.

Wu memuji kehebatan lelaki itu yang menembusi pra tempah tersebut. Bukan semua orang boleh melakukannya. Wu lebih kagum kerana menurut maklumat isteri lelaki itu, dia menjul konsol itu kerana membeli dua unit.

Nak beli satu pun payah, inikan pula dua.

Mendengar kenyataan Wu itu, lelaki itu berubah raut wajahnya. Kerana kisahnya tak seperti itu. Dia hanya membeli satu. Namun terpaksa menjualnya kerana isterinya tidak dapat menerima jenaka air purifier itu.

‘Isteri saya ingin menjualnya,’ katanya kepada Wu, yang menulis: ‘Saya terdiam setelah melihat pandangan di matanya. Saya dapat merasakan kesakitannya.”

Wu dapat melihat keperitan seorang lelaki yang terpaksa menjualnya, dan mereka berbual dalam situasi yang janggal ketika itu. Wu terasa dirinya seperti orang jahat pulak.

Wu segera mengungkapkan: “Ternyata wanita dapat mengetahui perbezaan antara PS5 dan penapis udara.”

Kisah Wu telah dikongsi ribuan kali di Facebook, dengan seorang pengguna facebook yang juga seorang isteri menulis: ‘Ianya hanya PS5. Itulah yang lelaki mahukan… biarkan dia hidup sedikit. Sheesh! ‘

Namun ada juga yang mengecam lelaki itu yang dikatakan harus membayar harga kerana tak jujur.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di