Isteri Terkejut Rupanya Basikal Suami Sama Dengan KJ Harga RM45k, Netizen Cuba ‘Back Up’

Seorang wanita terkejut apabila mendapat tahu harga basikal suaminya, rupa rupanya RM45k.

Ini selepas dia terserempak dengan satu post di Twitter yang menyatakan harga basikal Khairy Jamaluddin yang berharga semahal itu.

Borneo Ghost melaporkan bahawa pembuat basikal premium dari Itali iaitu Pinarello telah menyatakan rasa kesal dan simpati mereka kepada Ahli Parlimen Rembau, yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin – yang terlibat kemalangan basikal.

KJ menggunakan basikal jenama tersebut yang dilaporkan sangat mahal harganya.

Berita itu mendapat perhatian ramai pihak. Pinarello bertekad untuk menawarkan basikal baharu untuk KJ. Pinarello Dogma F10 dilaporkan berharga lebih RM45.

Pengguna Twitter Cik Nils berkata: “Baru perasan, basikal sama, husband tak cakap pun harga RM45k++++,” sambil meletakkan emoji musykil.

Cik Nils menyertakan sekali gambar suaminya dengan basikal Pinarello tersebut di sebelah tangkap layar berita.

Keadaan itu membuatkan warganet tampil mempertahankan abang basikal.

Semangat brotherhood utuh ditunjukkan oleh kaum lelaki dari segenap lapisan masyarakat apabila mengetahui ini petanda bahawa seorang lelaki lain dalam bahaya.

Berikut beberapa balasan di twitter tersebut.

Korang boleh la tengok sendiri beberapa lagi komen lain di dalam tweet tersebut.


 

Perkembangan berkaitan:

Menteri Cedera Langgar Lubang, JKR Kuala Langat Minta Maaf & Bertindak Segera

Semalam Ahli Parlimen Rembau, yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin telah memuat naik gambarnya sedang dirawat kerana luka.

KJ cedera kerana kemalangan basikal selepas melanggar lubang di jalanraya di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor.

Lantaran kejadian itu, JKR Kuala Langat segera memohon maaf atas apa yang menimpa KJ dan terus mengambil tindakan segera.

JKR Kuala Langat nampaknya tidak mahu membiarkan keadaan itu tidak diselesaikan dengan segera. Ini kerana ianya sangat memudaratkan keselamatan.

JKR Kuala Langat membalas Tweet KJ dengan berkata:

“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa Yang Berhormat Menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan,” kata JKR Kuala Langat.

JKR Kuala Langat turut mendoakan agar Khairy Jamaluddin cepat sembuh.

Pegawai Media di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menegaskan bahawa KJ baik baik sahaja.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius.”

Namun di ruangan komen para netizen membuat aduan lain tentang kawasan di bawah bidang kuasa JKR Kuala Langat.

Apapun semoga cepat sembuh kepada Khairy Jamaluddin.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil