Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah tampil dengan permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang terkesan dengan kenyataan adiknya.
“Dengan rendah hati, saya mewakili seluruh ahli keluarga dan rangkaian perniagaan Jakel memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang tersinggung dengan kenyataan adik saya (Muzaffar),” kata beliau.
Permohonan maaf itu dibuat susulan kenyataan kontroversi adiknya yang mencetuskan rasa tidak senang di kalangan netizen kerana memperlekehkan orang Melayu.
Ianya gara gara beberapa netizen yang tak setuju dengan pembukaan semula gedung perniagaan seperti Jakel yang mungkin akan mencetuskan kluster Jakel.
Muzaffar pula membalas dengan ini:
Mohamed Faroz turut menyatakan kekesalan dan marah dengan tindakan adiknya. Beliau sedar selama ini, orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak menyokong perniagaan mereka.
Beliau juga turut membidas sesetengah pihak yang seolah olah pihak yang dianggapnya menokok tambah dan menjadikan keadaan lebih teruk.
“Isu itu kini seolah-olah ditokok tambah pihak tertentu yang mungkin cuba menghangatkan situasi serta menjatuhkan perniagaan Jakel.”
#kualalumpur “Dengan rendah hati, saya mewakili seluruh ahli keluarga dan rangkaian perniagaan Jakel memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu," kata Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel. https://t.co/RdOYz2WxqZ
— Harian Metro (@hmetromy) May 3, 2020
“Awalnya, adik saya hanya menjawab pertanyaan seorang pelayar mengenai SOP (prosedur operasi standard) premis Jakel yang akan kembali beroperasi esok.”
“Ia susulan ada warganet yang menyatakan kewujudan kluster Jakel pula apabila premis perniagaan kami dibuka, jadi adik saya memaklumkan SOP akan dititikberatkan sepanjang beroperasi.”
“Walaupun adik saya sudah menyatakan mengenai SOP itu, pelayar berkenaan berterusan bertanya apa SOP yang dimaksudkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.”
“Saya juga terkesan dengan kenyataannya dan marah tetapi perkara sudah pun berlaku. Pada saya, salah faham ini menjadi lebih teruk apabila ia mula ditokok tambah oleh hantaran lain yang tidak tepat,” katanya.
Muzaffar minta ampun
Sebelum ini adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel tampil memohon maaf kepada umum selepas cara penulisan yang dimuat naik di Instagram Stories telah mengguris hati orang Melayu selain tidak sensitif.
Kata Muzaffar, kenyataan yang ditulis adalah daripada diri sendiri bukan mewakili syarikat Jakel kerana dia hanya pekerja semata-mata di situ.
“Salam semua maafkan saya. Saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf di atas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dalam Instagram Stories posting.
“Apa yang saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan.
“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dengan syarikat abang saya. Saya bukan pemegang saham (shareholder) atau pemilik Jakel.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.
“Sempena di bulan yang penuh barakah ini, saya dengan rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuraan saya dalam mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan ramai pelanggan Jakel dan netizen. Maaf zahir batin,” tulisnya.
Nor Lizah buat laporan polis akaun digodam
Sementara itu pihak Jakel menyatakan mereka tidak ada kaitan dengan individu bernama Nor Lizah di Facebook. Dan Nor Lizah tiada kaitan dengan perniagaan Jakel.
“Saya dan keluarga langsung tidak mengenali individu itu jauh sekali menyokong kenyataannya. Isu ini saya kira hampir reda namun hantaran Nor Lizah di Facebooknya memanaskan kembali seperti mencurah minyak ke atas api yang hampir padam.”
“Sangatlah tidak logik dan tidak masuk akal untuk menghina (orang) Melayu seumpama itu apabila saya sendiri sedar mereka begitu setia menyokong kami selama ini. Malah, mana mungkin kita akan menghina secara terbuka.”
“Saya berharap masyarakat dapat memaafkan sebarang khilaf yang dilakukan seluruh ahli keluarga dan pekerja saya. Saya mungkin agak beremosi dalam hal ini tetapi (saya) benar-benar kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku,” katanya lagi.
Nor Lizah turut menghina orang Melayu dengan lebih teruk menerusi facebooknya. Nor Lizah menyokong kenyataan Muzaffar dan menggunakan perkataan kesat dan menghina.
Selepas mendapat kecaman, Nor Lizah kemudian tampil menyatakan bahawa akaunnya digodam.
Dia juga dilaporkan sudah membuat laporan polis.