Jaringan Minit Akhir Chris Wood Buat City Hilang 2 Mata

Manchester City hanya dipisahkan dengan 6 minit daripada masa penuh – daripada kemenangan dengan 3 mata.

Namun skuad bimbingan Pep Guardiola bocor pada minit ke-84 menerusi gol oleh Chris Wood untuk memberikan tuan rumah 1 mata berharga berdepan dengan juara bertahan.

Gol itu membuatkan Man City keciciran mata hanya selepas pesaing kejuaraan mereka musim ini, Arsenal mencipta kebangkitan luar biasa di Villa Park.

Man City memiliki banyak peluang gol. Namun hanya 1 yang mereka mampu sempurnakan iaitu menerusi Bernardo Silva pada minit ke-41.

Gol Silva itu meletakkan City kembali di atas carta liga. Namun mereka mempersiakan peluang untuk kekal di puncak apabila melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

City kini 2 mata di belakang Arsenal. Dengan lawan mereka itu masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

Man City mendominasi perlawanan di setiap ruang padang.

Melakukan 23 percubaan ke arah gol. Berbanding hanya 4 oleh lawan mereka.

Sementara itu dari segi penguasaan bola, City menguasai 74% penguasaan bola.

Tetapi semua itu masih tidak cukup kerana mereka tidak cukup bagus dalam memanfaatkan peluang di hadapan gol.

Nottingham Forest (dan Arsenal) pastinya sangat lega dengan keputusan ini.

Baca yang lain