Jawapan Sempoi CR7 Ketika McKennie ‘Kutuk’ Kakinya Hodoh: “Ini Bernilai €1bn Tau’

Leeds United telah mengesahkan menandatangani pemain tengah Amerika berusia 24 tahun Weston McKennie, yang sebelum ini bermain untuk Juventus.

McKennie menyertai Leeds secara pinjaman sehingga akhir musim dengan pilihan untuk pembelian tetap.

McKennie hadir ke kancah ke bola sepak Eropah dengan kelab Jerman Schalke 04, di mana dia membuat 91 penampilan sebelum menyertai Juventus.

Produk dari Dallas itu kini telah menyertai Leeds United dalam Liga Perdana Inggeris, di mana dia akan dilatih oleh jurulatih senegaranya Jesse Marsh dan bekerjasama dengan rakan senegaranya Tyler Adams dan Brenden Aaronson.

Semasa krew media sedang merakam di persiapan untuk video pengenalannya, McKennie sempat berkongsi kisah lucu dia dengan Ronaldo.

Ketika itu dia sempat mengusik tentang kaki Ronaldo yang menurutnya sangat teruk sekali rupa dia.

Dia tidak sangka pemain legenda Portugal yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman itu sangat santai dan sporting menjawabnya.

McKennie berani bergurau dengan Ronaldo kerana pemain itu memang seorang yang ramah dan sedang didekati.

McKennie berkata:

“Cerita dengan Ronaldo, saya memberikan dia urutan dan saya berjalan-jalan dan saya berkata ‘Ya Tuhanku, kaki kamu kelihatan mengerikan Bang Do!’ dan dia berkata ‘kawanku, kaki ini bernilai satu bilion euro’ tahu tak’, dia cakap kat saya macam tu.”

“Saya menjawab ‘kamu betul, respect!’,” tambah pemain tengah Amerika Syarikat itu sambil ketawa.

Ronaldo memang seorang pemain yang luar biasa. Dengan kakinya itulah dia sudah menjana lebih 1 billion euro.

Pada September 2021, Forbes mengesahkan bahawa Ronaldo adalah pemain bola sepak pertama menjana pendapatan €1 billion euro dalam kariernya.

Dan angka itu terus bertambah, kerana selepas itu dia kembali ke Man United dengan gaji lumayan €500k seminggu dan kini bersama Al Nassr denganm €200 juta semusim.

Jadi kisah McKennie dengan Ronaldo itu sebenarnya benar benar unik.

Kaki Ronaldo nampak barai kerana dia telah banyak berlari dan bergasak di atas padang dalam kariernya.

Legenda dari Portugal itu turut memiliki 5 Ballon d’Or dalam kariernya.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu