JDT mengumumkan perjanjian luar biasa dengan jenama global iaitu Socios.com. Ianya satu jenama yang sangat besar dalam dunia digital.
Berikut kenyataan rasmi dari JDT:
JDT MENJADI KELAB MALAYSIA PERTAMA MENJALIN KERJASAMA DENGAN JENAMA TERKENAL ANTARABANGSA SOCIOS.COM
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi kelab Malaysia pertama menyertai Socios.com, pendahulu di dunia untuk platform ‘fans engagement’ dan ganjaran. Harimau Selatan kini mampu untuk mencipta peluang ‘fans engagement’ dan ganjaran baharu untuk penyokong setia mereka menerusi $JDT Fan Tokens di Socios.com.
Fan Tokens adalah aset digital yang membolehkan penyokong mengakses komuniti di mana pertandingan, undian kelab, ‘prediction’ dan pelbagai lagi ciri-ciri boleh memberi akses kepada ganjaran termasuk barangan cenderahati kelab, tiket-tiket VIP dan pengalaman kelab yang unik dan tidak akan dilupakan.
Penyokong JDT juga boleh mengundi dalam membuat keputusan yang akan dibuat oleh kelab dalam pelbagai bahagian mengenai pasukan, stadium dan fasiliti berkelas dunia JDT. Para Pemegang Fan Token juga boleh mengundi Pemain dan Gol Terbaik Bulanan selain membantu membuat keputusan siapakah pemain atau kakitangan yang bakal muncul dalam kandungan Media Sosial kelab.
Selain itu, pemegang Fan Token juga layak untuk memenangi hadiah istimewa termasuk jersi ‘match-worn’ pemain dan pelbagai barangan cenderahati yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini untuk dibeli oleh penyokong.
Lebih dari 170 organisasi terkemuka sukan termasuk banyak kelab ternama dari Eropah dan Amerika Latin telah bekerjasama dengan Socios.com untuk mencipta pengalaman dan peluang baharu untuk penyokong mereka menerusi Fan Tokens.
Antara jenama yang bekerjasama dengan Socios.com’s adalah gergasi bola sepak FC Barcelona, Paris Saint-Germain, Manchester City, Juventus, AC Milan, Inter Milan, Arsenal, Napoli, Valencia, Atlético de Madrid dan banyak lagi pasukan Eropah. Socios.com juga mempunyai kehadiran di Amerika Selatan termasuk beberapa kelab besar dari Brazil, Mexico, Chile dan Argentina. Tambahan dari bola sepak, gergasi MMA, UFC, pasukan utama Formula 1, organisasi esports dan lebih 70 francais sukan utama Amerika Syarikat bermula dari NBA, NHL, NFL dan MLS turut menyertai. Luaskan Kuasamu Johor.
Socios membantu Barca dalam ekonomi kelab
Socios memang bukan calang calang syarikat. Mereka antara syarikat yang membantu Barcelona keluar daripada risiko muflis dalam jendela perpindahan musim panas baru baru ini.
Bagaimana?
Barcelona telah menjalinkan kerjasaman dengan Socios yang membantu Barca dalam memperkasakan lagi blockchain, NFT dan aset Digital serta strategi Web3.
FC Barcelona announced the sale of 24.5% of Barça Studios to Socios for €100 million to accelerate the growth of the club's blockchain, NFT and Web3 strategy.#VFT #Bitcoin #BTC #Ethereum #blockchain #Metaverse #Web3 #NFT #Binance #NFTCommunity #BNB #Metamask #Crypto pic.twitter.com/QmDdKUg7IA
— Value Finance Co (@ValueFinance_) August 2, 2022
Perjanjian dengan Socios antara yang langkah tuas ekonomi pertama dibuka Barcelona. Dengan menjual aset penyiaran mereka kepada syarikat itu.
Di mana Socios setuju melabur $100 juta dalam Barça Studios dengan pegangang saham sekitar 24.5% dalam aset konten digital kelab dan hub pengedaran.
🚨🚨✅| OFFICIAL: Barcelona have sold 24.5% rights of Barca Studios to @socios for €100M. #fcblive pic.twitter.com/F1DriuaI0u
— BarçaTimes (@BarcaTimes) August 1, 2022
Langkah ini menjadi langkah penting buat Barcelona untuk mengorak langkah lagi dengan membuka 3 lagi tuas ekonomi mereka. Itu yang membantu Barca mendapat had perbelanjaan terbaru yang membenarkan mereka mendaftarkan kesemua pemain baharu dan pemain yang dilanjutkan kontrak.
Ini termasuk Kounde, pemain terakhir yang didaftarkan dalam skuad Barcelona.
https://t.co/x9I1LffEOt also has a major presence across South America, including many big clubs from Brazil, Mexico, Chile and Argentina.
[10/11]
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 26, 2022
Apapu syabas kepada pengurusan JDT yang terus mengorak langkah besar dalam komersial dan penajaan. Ianya akan membuka peluang kepada kelab lain selepas ini dalam usaha menarik pelabur besar.