Jesse Lingard Bakal Jadi Pemain Pertama Dibeli Pada Era Revolusi Arab Di Newcastle

Bintang Man United, Jesse Lingard dilaporkan berada dalam senarai awal yang dipertimbangkan untuk dibeli oleh Newcastle United pada jendela perpindahan akan datang.

Selain Lingard, nama James Trakowski juga berada dalam senarai. Newcastle cuba mencari pembelian di sekitar England terlebih dahulu untuk dibawa masuk seawal awalnya pada Januari ini.

Lingard beraksi cemerlang ketika tempoh pinjaman di West Ham. Dan pemain itu dilihat tidak ada masa depan yang lebih terjamin sebagai pemain utama pasukan.

Lingard berdepan dengan persaingan yang sangat kuat di Man United. Pemain itu sendiri mempertimbangkan untuk mengubah angin dalam kariernya.

Selain Newcastle, West Ham dan Arsenal juga berminat dengan Lingard. Namun situasinya sekarang ini, Lingard pastinya akan mempertimbangkan serius tawaran Newcastle.

Newcastle yang kini dimiliki konsortium Arab Saudi, PIF, memiliki sumber kewangan yang sangat kuat. Di mana pemilik mereka lebih 10 kali ganda lagi kaya daripada Sheikh Mansour.

Pengambilalihan oleh PIF itu menamatkan era Mike Ashley selama 14 tahun di Newcastle.

Newcastle boleh membelanjakan sehingga £190 juta dalam satu jendela perpindahan selepas Mike Ashley meninggalkan kelab dengan status kewangan yang sangat baik.

Januari ini mungkin bukan jendela perpindahan yang benar benar serius untuk Newcastle. Dan mereka hanya mahu membawa masuk beberapa nama untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga.

Nama Phil Coutinho turut disebut sebut, kemungkinan akan menjadi bintang baru Newcastle.

Barcelona masih gagal melangsaikan hutang mereka dengan Liverpool. Dan kini Barca membuka peluang kepada mana mana pasukan untuk membida bintang Brazil itu.

Dalam perkembangan berkaitan yang lain, Alan Shearer dilantik menjadi duta khas kelab yang baru.

Sebelum ini Shearer agak jauh daripada Newcastle kerana Mike Ashley tidak menyukai beliau yang selalu mengkritik kelab.

Baca yang lain