Jesse Owens Kisah Atlet Kulit Hitam Buat Hitler Terdiam Namun Hanyalah Pameran Sarkas Di Amerika Syarikat

Adolf Hitler adalah nama pemimpin yang digeruni di seluruh dunia kerana sikapnya yang kejam. Namun satu kisah menarik adalah apabila seorang pelari kulit hitam Jesse Owens merosakkan ‘parti’ Olimpik Hitler di Berlin.

Adolf Hitler melaungkan semangat kepada atlet yang mewakili Jerman supaya menjuarai Olimpik. Beliau juga mahu pingat emas acara balapan dikuasai oleh ‘kaum teragung’ Aryan.

Namun, muncul satu nama dari Amerika Syarikat iaitu Jesse Owens yang ‘merampas’ balapan daripada Hitler. Perlari 22 tahun itu datang ke Jerman dengan krisis perkauman yang teruk di negara beliau sendiri.

Kini beliau akan memasuki sebuah lagi negara yang dipimpin oleh pemimipin yang taksub dengan keagungan bangsa Aryan iaitu Adolf Hitler, ketua parti Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (NSDAP).

Owens mahu membuktikan yang orang kulit hitam mampu bersaing dengan bangsa Aryan dan juga kulit putih. Jesse Owens memenangi emas acara 100 meter dengan catatan 10.3 saat menewaskan rakan senegaranya Ralph Metcalfe.

Kisah Persahabatan Dengan ‘Musuh’

Selepas itu, Owens menggondol emas kedua beliau dalam acara lompat jauh. Dalam usaha untuk memenangi pingat emas, Owens hampir gagal kerana sudah 2 kali dibatalkan.

Siapa sangka, seorang pelompat dari Jerman, Luz Long datang memberitahu beliau dan memberitahu kelemahan lompatan beliau.

Long memberitahu Owens untuk melompat lebih awal dan jangan terlalu gemuruh. Owens yang sudah terbiasa dengan rutin lompatan beliau kini harus mencerna nasihat Long dalam masa beberapa minit.

Owens berjaya memenangi pingat emas. Long menjadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Owens. Long mengiringi Jesse Owens untuk berjalan di hadapan puluhan ribu penonton di dalam stadium.

Ramai penonton yang bangkit dari tempat duduk dan bertepuk tangan melihat senario yang dianggap unik pada ketika itu. Jesse terharu dengan tindakan Long dan berkata:

“Long seorang yang sangat berani. Beliau menemani saya berjalan di hadapan Hitler. Ianya memerlukan keberanian yang tinggi oleh Long untuk menjadi sahabat saya di hadapan Hitler.”

Hampir tidak ada seorang atlet Jerman mampu melakukan perkara itu di hadapan Hitler.

Lengkapkan 4 Emas

Owens kemudian meneruskan kecemerlangan beliau dalam acara 200 meter. Beliau memenangi emas dengan catatan 20.7 saat memenewaskan Jackie Robinson.

Owens membantu Amerika Syarikat menjuarai 4 x 100 meter. Sekaligus melengkapkan pingat emas ke-4 beliau. Jesse Owens bejaya meranapkan ego Hitler di kandang sendiri.

Ketika bercakap kepada The Pittsburg Press, pada 24 Ogos 1936, Owens ditanya, adakah benar laporan Hitler enggan bersalaman dengan beliau ketika penyampaian pingat emas?

Hitler dikatakan marah dan sengaja mencari alasan untuk tidak menyampaikan pingat emas. Jawapan Jesse Owens agak mengejutkan ramai. Beliau berkata:

“Tidak! Bukan Hitler yang tidak mengiktiraf saya, tetapi FDR (Franklin Delano Roosevelt – Presiden Amerika Syarikat).”

73 tahun kemudian, kenyataan Owens disahkan oleh satu gambar yang diambil oleh Siegfried Mischner, yang menunjukkan Owens bersalaman dengan Hitler. Owens dengan terbuka melabel, Amerika Syarikat jauh lebih rasis berbanding Nazi.

“Setelah semua cerita mengenai Hitler yang tidak mengiktiraf saya, mengingatkan saya kepada sukarnya orang seperti saya duduk di dalam bas di Amerika Syarikat.”

“Saya harus duduk di pintu belakang. Saya tidak dapat hidup di tempat yang saya inginkan. Apa bezanya dengan Nazi?”

Owens juga menceritakan kisah beliau ketika ke Berlin di mana, ada lif khas untuk orang kulit putih dan kulit hitam.

Ketika di kem Olimpik, Presiden Amerika ketika itu, Franklin Roosevelt, juga tidak pernah sekali mengucapkan tahniah kepada Owens apatah lagi menjemput beliau ke White House.

Jesse Owens kecewa dengan media Amerika Syarikat yang menjadikan kisah kejayaan pelari kulit hitam dengan dasar diskriminasi perkauman di Jerman ketika itu.

Media Amerika Syarikat berpura-pura memuji pelari kulit hitam untuk menunjukkan mereka lebih baik daripada Nazi.

Namun kisah persahabatan Owens dan Luz yang disorak di stadium membuktikan orang Jerman jauh lebih baik daripada Amerika Syarikat.

Selepas Olimpik tersebut, Jesse Owens dan Long saling bertukar-tukar surat. Sehinggalah Long terbunuh ketika Perang Dunia II.

1936, Jesse Owens speaks with Lutz Long at the 1936 Olympic games. (photo location: 102)

Owens disingkirkan daripada Kesatuan Atlet Amatur Amerika Syarikat kerana menolak untuk mewakili negara tersebut dalam satu kejohanan olahraga di Sweden.

Emas Yang Kosong

Owen tidak pernah merasai kesenangan walaupun dengan 4 pingat emas Olimpik Berlin. Beliau dan keluarganya seperti orag kulit hitam yang lain pada masa itu, masih hidup dalam keperitan.

Selepas meninggalkan dunia olahraga, Owens melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi ‘cleaner’ sebuah taman. Minat beliau ke atas balapan masih kuat.

Dikatakan Owens kerap berlari untuk pertunjukan sarkas dalam persembahan berlari mengatasi kereta, kuda dan anjing. Media mulai memperlekehkan Owens yang dianggap sudah menjadi ‘pak lawak’. Owens membalas:

“Mereka anggap saya tiada maruah kerana berlumba dengan kuda sebab saya ada emas olimpik. Saya nak mereka tahun, 4 emas Olimpik itu tidak boleh dimakan.”

Selepas itu, Owens mendirikan syarikat pembinaan dengan rakannya. Namun pernigaan itu tak kekal lama. Owens diisytihar muflis. Owens mencari pekerjaan sekali lagi. Namun ia sangat sukar. Beliau berkata:

“Ketika saya pulang dengan 4 pingat emas, semua orang mahu bersalaman dan mengundang saya ke majlis. Namun hari ini, tidak seorang pun mahu mengambil saya bekerja.”

“Saya menjadi antara manusia terkenal di dunia, namun akhirnya saya sedari yang populariti itu hanya kosong. Mereka hanya mengeksploitasi populariti itu dan saya.”

Owens meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai penceramah bebas yang memperjuangkan kesamarataan kaum di Amerika Syarikat.

Legasi

Owens meninggal dunia pada 1979 pada usia 66 tahun kerana serangan jantung. Benarlah kata-kata Jesse Owens, orang akan berlumba-lumba mengeksploitasi kisah beliau.

Kerajaan Amerika Syarikat, ahli politik, tokoh kenamaan dan ramai lagi berlumba-lumba untuk memberikan penghargaan kepada beliau.

Ramai mengiktiraf beliau sebagai sebagai sebuah simbol atlet luar biasa dan juga tokoh yang melawan fasisme.

Itulah serba sedikit kisah salah seorang Olimpian sensasi Jesse Owens. Pelari yang pernah membuatkan wajah Hilter merah padam dan juga seorang pejuang sejati.

Sumber

Bleacher Report

Wikipedia

Baca yang lain