Jika United Pakai Jersi Zebra Untuk Kelirukan Musuh, Adakah Basaksehir Pakai Jersi Oren Untuk Atasinya?

Manchester United sebelum iniย  mengumumkan jersi ketiga mereka yang sangat meriah dengan corak yang unik bermotifkan kuda belang ataupun berjalur hitam putih.

Malah jersi Stripes ini antara jersi yang paling awal dipromosikan oleh Man United sebelum ini.

Ianya sebenarnya bukan sekadar rekaan. Kerana ada yang menyatakan Man United dan Adidas mungkin mendapat ilham jersi iniย  berdasarkan kapal perang semasa perang dunia pertama dan kedua.

Corak zebra di zaman perang dunia

Semasa perang dunia pertama dan kedua, beratus-ratus kapal telah dicat dengan warna hitam putih menyerupai corak yang ada pada kuda belang.

Ianya dicat sedemikian rupa bagi taktik penyamaran. Di mana mereka percaya, warna itu akan membuatkan musuh sukar mengesan warna itu dari jauh kerana coraknya yang zig zag.

Salah satu daripada sebabnya adalah, musuh akan sukar menganggarkan jarak objek tersebut. Selain daripada sukar mengagak kelajuan kapal itu.

Ramai juga peminat Man United tidak gembira dengan rekaan itu. Bukan sebab ianya bercorak zebra tetapi kerana rekaannya. Banyak pasukan di dunia ini dengan corak zebra, misalnya Juventus, mereka tetap menghasilkan kit yang bagus.

Adakah Basaksehir pakai oren untuk atasi semangat zebra?

Baiklah, jika Man United mungkin menggunakan corak kuda belang sebagai taktikal, sebenarnya Istanbul Basaksehir sudah menggunakan pemilihan warna yang tepat untuk mengatasi kuda belang.

Adakah ia sekarang ini pertarungan di antara semangat zebra dan kelemahannya?

Ini kerana menurut Kevin Mahon dari Animal Scientist: โ€œKuda belang ada visi / penglihatan yang luar biasa dan mereka boleh melihat warna.โ€

โ€œNamun seperti kebanyakan haiwan lain, mereka tetap bermasalah untuk melihat beberapa warna. โ€

โ€œDalam kes kuda belang, mereka sukar membezakan warna oren dengan beberapa warna lagi.โ€

โ€œSaya tidak pasti secara spesifik mereka tidak boleh melihat warna oren. Namun ini bukanlah satu satunya benda unik pasal kuda belang.โ€

Jadi, agak menarik kerana Juventus tetap ada jersi oren, adakah ini untuk mengelakkan lawan mereka menggunakan jersi oren ketika berdepan mereka?

Kalah sebab pertahanan buat kesilapan โ€“ Ole

Kita semua tahu warna jersi United tidak ada kaitan dengan visi pemain United di dalam padang. Cuma agak menarik teori ini mengaitkan jersi camouflage zebra yang digunakan untuk taktikal berdepan dengan jersi dengan warna yang sukar dikesan zebra.

Ole Gunnar Solskjaer sendiri mengecam corak pertahanan mereka di atas padang punca kekalahan mereka.

Di mana dua gol yang mereka lepaskan adalah kerana kesilapan asas ketika bertahan.

Gol pertama berpunca daripada kegagalan United berada di zon tepat ketika bertahan, di mana ada 10 pemain mereka di kawasan lawan.

Ole berkata:

โ€œYang pertama, kami bermain sepakan penjuru pendek dan kami melupakan langsung seorang pemain mereka di atas dan itu tidak dapat dimaafkan.โ€

โ€œAnda tidak dapat menerima gol seperti itu pada tahap ini. Ia tidak cukup baik. Anda tidak harus memberikan gol mudah seperti itu.โ€

โ€œJelas, ini bukan gol yang biasanya anda lepaskan sehinggala kami tidak menjalankan tugas dan peranan kami dengan baik.โ€

โ€œSaya harus mengatakan bahawa itu adalah tanggungjawab saya. Kami pergi bermain sepakan penjuru yang pendek tetapi terlupa bertahan setelah kami bermain beberapa hantaran.โ€

Bagi gol kedua, Ole menjelaskan ada dua kesilapan asas mereka. Pertamanya tidak bagus dalam mematikan serangan balas.

Dan yang kedua adalah tidak teratur. Anda bayangkan ini kedudukan pertahanan mereka ketika gol itu terhasil:

Lalu Solskjaer berkata:

โ€œYang kedua juga, kami tidak teratur dengan baik untuk mengekang serangan balas dan memenangi kembali bola ketika kami bermain.โ€

โ€œDua gol mudah diberikan dan kemudian kami tidak cukup bagus untuk kembali pada separuh masa kedua.โ€

โ€œKami menjaringkan gol yang baik oleh Anthony dan kemudian anda berfikir 45 minit untuk menyelamatkan sesuatu dalam perlawanan ini.โ€

โ€œSeparuh masa kedua kami melakukan segalanya tetapi gagal untuk memecahkan mereka.โ€

ย 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan