Jollibee Rugi RM10 Billion, Dan Terpaksa Menutup 255 Cawangan

Jollibee boleh dikira satu jenama yang sangat gah di Filipina. Bagi korang yang tak tahu apa benda tu Jollibee. Ianya restauran makanan segera dari Filipina.

Jollibee telah menjadi jenama terbaru yang mendapat impak besar daripada COVID-19.

Menurut laman web berita dalam talian Rappler, gergasi makanan segera negara itu mengalami kerugian bersih AS$2.4 bilion ataupun sekitar RM10.05 bilion pada separuh pertama tahun 2020.

Raksasa makanan segera yang ikonik juga menyaksikan sahamnya merosot, dengan AS$2.2 bilion dihapuskan dalam nilai pasaran – prestasi terburuk di bursa saham Filipina dalam dua dekad ini.

Jollibee merupakan salah satu produk kebanggan Filipina selain daripada Jericho Rosales – bahkan telah membuka kedai di A.S.

Di Filipina sahaja, Jollibee Foods Corporation menguasai sekitar 56 peratus pasaran makanan segera  ataupun daripada AS$5 bilion.

Semasa penutupan baru-baru ini, separuh daripada kedai makannya di seluruh dunia terpaksa ditutup sementara pada suku kedua.

Sebagai tambahan, gergasi makanan segera ini mempunyai 3,286 kedai di Filipina dan mengendalikan 2,588 kedai di seluruh dunia.

Kini sudah hampir 3,000 kedai ditutup. Ini menyebabkan penurunan penjualan sebanyak 48.4 peratus kepada AS$ 6.3 bilion.

Sementara sekitar 88% kedainya dibuka kembali pada akhir suku kedua, kerugian tersebut telah terjadi ketika pelanggan makan yang berkunjung ke restauran mereka turun membuatkan pendapatan mereka turun 46.6%  ataupun sekitar AS$ 4.8 juta.

Apa yang menyebabkan kerugian ketara ini?

Pastinya, COVID-19 sudah tentu menjadi pemangkin utama kepada kerugian besar ini.

Namun begitu ada juga faktor lain yang turut menyumbang.

Menurut Rappler, kerugian tersebut berlaku dalam bentuk bantuan kecemasan untuk pekerjanya yang terjejas kerana covid.

Seterusnya Jollibee juga dilaporkan banyak sekali membantu barisan hadapan, berdasarkan penyata akaun mereka – seperti yang dilaporkan oleh Rappler.

Walaupun mereka sedang berdepan dengan kerugian yang teruk, namun Jollibee yakin mereka akan bangkit semula pada tahun 2021.

Malah CEO Jollibee iaitu Ernesto Tanmantiong tetap bertekad mahu melihat suatu hari nanti jenama mereka akan bertapak di Australia seperti yang mereka rancang sebelum ini.

“Hasil perniagaan kami sangat buruk tetapi ianya adalah menepati ramalan kami. Kami sekarang memfokuskan diri untuk membina semula perniagaan kami ke depan seiring dengan peningkatan kos yang besar di bawah program transformasi perniagaan kami,” kata Ernesto Tanmantiong.

Sebanyak 255 kedai milik syarikat akan ditutup dan 95 harus beralih hak milik, menurut ketua pegawai kewangan Jollibee, Ysmael Baysa.

“Perbelanjaan untuk transformasi perniagaan meliputi penutupan 255 kedai milik syarikat, perubahan kepemilikan 95 kedai dari syarikat kepada francaisi, pembayaran denda sebelum penamatan kedai di AS dan China, penutupan kemudahan rantaian bekalan, dan pengurangan ukuran organisasi di pelbagai negara tempat kami menjalankan perniagaan, “Baysa mengungkapkan.

Walaupun situasinya memang nampak suram,  namun mereka masih ada harapan dalam bentuk produk baru seperti sistem penghantaran makanan serta cloud kitchen.

Cloud kitchen ni bermaksud, mereka hanya membekalkan makanan secara penghantaran dan tidak ada makan dalam kedai.

Jollibee menjangka akaun mereka akan kembali hijau pada tahun 2021 dengan kadar pertumbuhan yang diprojeksikan sebanyak 15 peratus pada tahun 2022.

Baca yang lain