Jorge Mendes Tawarkan Joao Felix Ke PSG Namun Tak Dilayan

Ejen kepada Joao Felix telah menawarkan pemain itu kepada PSG. Dan berjanji akan memudahkan semua urusan perpindahan Felix ke kelab itu.

Joao Felix sebelum ini memberitahu Atletico dia sudah tak ada hati untuk bermain di bawah Diego Simeone. Dan sudah tentunya Simeone adalah antara pengurus yang kebal daripada pemecatan kerana jasanya kepada kelab itu.

Jadi, Atletico sentiasa berpihak kepada Simeone. Satu satunya solusi kepada masalah ini adalah Joao Felix yang angkat kaki walaupun pemain itu ada kontrak sehingga 2027.

Kontrak panjang itu wujud selepas Joao Felix berjaya dipujuk oleh Atletico untuk melanjutkan kontraknya sehari sebelum dia menyertai Chelsea secara pinjaman.

Akibat kontrak itu, Atletico tidak mahu menjual Felix dengan harga murah kepada Chelsea. Membuatkan Chelsea memutuskan tidak mahu membeli pemain itu yang tiada klausa beli pada kontrak pinjamannya.

Atletico terdesak mahu menjual Felix ke Chelsea selepas itu kerana pemain itu selesa di sana.

Namun Chelsea enggan membayar tambahan €90 juta lagi selepas membayar €12 juta untuk meminjam pemain itu.

Joao Felix kembali ke Atletico dan konsisten menyatakan dia tak mahu bermain di bawah Simeone. Membuatkan Atletico mengambil no.7 daripada pemain itu dan memberikannya kepada Griezmann.

Jersi itu memang milik Griezmann sebelum dia menyertai Barca dulu. Kini kembali menjadi miliknya. Bermakna Felix benar benar tiada dalam perancangan Simeone.

Felix mengarahkan kelab untuk mempertimbangkan tawaran daripada mana mana kelab besar untuknya.

Malangnya, cuma Aston Villa yang melakukan kontak secara rasmi dengan kelab itu dan membentangkan kertas tawaran. Jika Felix setuju barulah Villa akan memulakan proses bidaan.

Buat masa ini Felix masih menunggu tawaran daripada kelab lebih besar.

Dan dia mengarahkan ejennya mencari kelab besar. Lalu Jorge Mendes menghubungi PSG untuk membawa pemain itu ke kelab Mbappe itu.

PSG dikatakan tidak suka dengan cerita yang melibatkan Joao Felix yang dianggap besar kepala dan cuba menjadi lebih besar dari pengurus dan kelab.

Sebelum in Nasser Al Khelaifi sudah memberikan amaran kepada Mbappe yang membuatkan kelab seperti tahanannya, menyatakan bahawa tiada pemain lebih besar dari kelab.

Oleh sebab itu PSG tidak berminat dengan perancang kreatif dari Portugal itu.

Malangnya PSG tidak berminat dengan Joao Felix. Malah lebih mengejutkan apabila PSG mendapatkan balik Xavi Simon yang ada klausa tebus beli balik dari PSV.

Namun Xavi Simons akan dipinjamkan ke kelab lain jika Mbappe dan Neymar kedua duanya kekal di PSG musim ini.

Baca yang lain