Jual Nike Geisha Vintaj RM37.5K, Wor Ini Gembira Makin Ramai Yang Celik Tentang Bare Vintage

Berapa ribu yang anda sanggup bayar untuk sehelai baju yang dianggap rare?

Seorang peniaga bundle mendapat durian runtuh apabila baju vintage lusuh Nike Geisha berjaya dijual dengan harga RM37,500. Wor bundle itu berjaya mendapatkan deal itu menerusi jualan secara bidaan menggunakan ‘live’ Facebook.

Sinar Harian melaporkan, Mohd Suhairi Mat Daud, 40, atau lebih dikenali sebagai Mat Yie Tok Ube menyatakan bahawa baju itu adalah baju rare, dan ianya kini milik pembeli dari Kuala Lumpur – yang juga merupakan seorang pengumul barang barang vintaj.

Dipetik dari Sinar Harian, Mat Yie berkata: “Alhamdulillah ia merupakan rezeki buat saya dan terima kasih kepada Otai Lee kerana sanggup ‘membida’ pada harga yang disifatkan sebagai rekod tertinggi jualan setakat ini.”

Menurut Mat Yie lagi, mungkin bagi ramai orang baju itu hanyalah baju lusuh dan ‘kain buruk’. Tetapi bagi para peminat vintaj, ianya sangat bernilai. Memandangkan susur galu baju itu yang membuatkan ia menjadi barangan dikehendaki ramai.

Mat Yie menambah, baju yang dia jual itu adalah edisi terhad. Di mana di negara kita sekarang ini, hanya ada 10 helai sahaja baju Nike Geisha vintage itu. Jadi Mat Yie tidak hairan kalau ada pembida sanggup ‘berperang bidaan’ untuk mendapatkannya.

Dalam pada masa yang sama Mat Yie percaya ini adalah bukti industri barangan vintaj di negara kita semakin berkembang.

“Industri barangan vintage di negara ini dilihat semakin berkembang apabila sudah ramai yang celik dengan ‘nilai’ sentimental pada pakaian itu.Kebanyakan pembeli barangan ini berusia lingkungan 30-an dan ke atas,” katanya lagi kepada portal yang sama.

Mat Yie memberikan jaminan, kesemua barangan yang dijual akan dihantar sendiri kepada pembeli bagi mengelakkan kejadian tak diingini seperti rosak dan dicuri.

Sumber: Sinar Harian

Baca yang lain