Julian Nagelsmann: Pengurus 33 Tahun Terus Ukir Sejarah Selepas Karier Bermain Dibunuh Kecederaan

Julian Nagelsmann bukan lagi nama asing untuk peminat bola sepak Eropah. Beliau adalah pengurus muda yang berjaya mencipta sejarah unik dalam bola sepak Jerman.

Beliau memulakan kerjaya pengurusannya di Bundesliga bersama Hoffenheim dan kini bersama dengan RB Leipzig.

Julian Nagelsmann, jurulatih yang terpaksa melupakan karier bola sepak beliau pada usia muda kerana masalah kecederaan.

Walaupun ada yang lebih muda sebelum ini iaitu Berndt Stober yang berusia 24 tahun menguruskan FC Saarbrücken pada musim 1976 namun beliau hanya interim.

Bersara Awal

Ketika dalam skuad muda, Nagelsmann mengalami kecederaan buku lali yang serius ketika bermain untuk pasukan remaja Hoffenheim. Beliau kemudiannya menyertai Augsburg.

Ketika di sana, kecederaan buku lali beliau menjadi lebih serius dan atas nasihat doktor, beliau terpaksa melupakan karier bola sepak.

Nagelsmann tergamam dengan nasib yang menimpanya kerana beliau sangat cintakan bola sepak.

“Saya tidak ada benda lain yang saya sukai lebih daripada bola sepak. Agak sedih kerana saya terpaksa meninggalkan bola sepak pada usia muda.”

Nagelsmann mengesahkan persaraan beliau daripada bola sepak pada usia 20 tahun walaupun beliau menjadi pemain pertahanan berbakat kegemaran Tuchel yang menguruskan Augsburg ketika itu.

Kenapa Tuchel sukakan beliau? Kerana dia sangat bagus membaca perlawanan.

Nagelsmann: “Saya Minat Guardiola Namun Tuchel Lebih Mempengaruhi Karier Saya”

Nagelsmann tidak bersembunyi akan minat beliau ke atas Guardiola. Tidak hairanlah ramai rakan dan pemain-pemain beliau menggelarkan beliau Mr. Perfect kerana sikapnya yang prefectionist ala Guardiola.

Namun begitu beliau tetap menyatakan Thomas Tuchel adalah pengaruh terbesar dalam karier kejurulatihan beliau.

Ini kerana, ketika beraksi untuk pasukan remaja Augsburg, Thomas Tuchel sudah menghidu bakat istimewa Nagelsmann.

Percayakah anda? Pada waktu itu juga Tuchel menjadikan Nagelsmann sebagai scouter ‘separuh masa’.

Pada musim 2008/09, Nagelsmann mengakui terkejut apabila Tuchel memanggil beliau dan mengarahkannya untuk memantau dan menganalisis data pasukan yang akan ditentang mereka.

Nagelsmann membentangkan data yang dikumpul beliau dan dilaporkan kepada Thomas Tuchel. Hampir tidak ada pemain remaja di Jerman pada usia beliau melakukan tugasan ‘profesional’ itu.

Selepas berjaya membentangkan tugasan pertama, beliau seakan-akan menjadi penganalisis dan penasihat taktikal separuh masa oleh Tuchel.

“Itulah bibit-bibit awal karier kejurulatihan saya. Saya belajar banyak perkara daripada beliau (Tuchel).”

Mengorak Langkah Lebih Besar

Apabila Markus Babbel meninggalkan Hoffenheim pada 2012, kelab tersebut telah melantik Frank Kramer sebagai interim.

Pada ketika itu juga Frank Kramer memanggil Nagelsmann dan menyatakan beliau mahu menjadikan Nagelsmann sebagai pembantu. Respon Nagelsmann adalah:

“Saya hanya tergelak dan anggap ia satu gurauan daripada Frank kerana dia memang suka menyakat saya.”

Namun begitu, beliau seakan akan tidak percaya apabila Kramer memaksudkannya. Beliau teruja dan gementar apabila dilantik menjadi penolong jurulatih paling muda dalam sejarah Bundesliga.

Beliau banyak belajar tentang tekanan dan tanggungjawab sepanjang tempoh tersebut kerana Hoffenheim bertarung dengan penyingkiran.

Tim Wiese ketika itu melabel beliau sebagai ‘Mini Mourinho’ kerana minat dan karakter beliau dalam kejurulatihan.

Kramer dipecat, namun Nagelsmann berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai penolong jurulatih dan berkhidmat kepada 2 lagi pengurus selepas itu, Marco Kurz dan Markus Gisdol.

Dilantik Menjadi Pengurus B-19 Hoffenheim

Selepas berjaya membantu kelab mengelakkan penyingkiran, Nagelsmann dilantik menjadi pengurus skuad B-19 Hoffenheim.

Nagelsmann berjaya membantu skuad muda ini menjadi juara Jerman pada musim 2013/14 dan naib juara pada musim 2015/16.

Dilantik Menjadi Ketua Jurulatih Hoffenheim

Pada Oktober 2015, Hoffenheim mengumumkan bahawa Nagelsmann akan menjadi jurulatih baru mereka untuk musim 2016/17. Ia agak mengejutkan ramai pihak.

Antara orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada beliau adalah mentor beliau iaitu Thomas Tuchel.

Tuchel berkata :

“Dia seorang jurulatih muda yang tinggi rasa ingin tahu dan sentiasa bekerja keras,”

“Dia telah menikmati kejayaan yang luar biasa dalam bola sepak remaja. Saya amat gembira untuk dia dan saya percaya akan kebolehan Nagelsmann.”

Taktikal

Dari segi falsafah taktikal, Nagelsmann menyukai high pressing football ala Barcelona, dan banyak juga mengkaji doktrin tactician seperti Ralf Ragnick.

Beliau juga banyak mengkaji taktikal yang digunakan oleh Marcelo Bielsa selain daripada Pep Guardiola.

Nagelsmann mengakui Guardiola adalah rujukan utamanya. Namun pengaruh terbesar dalam kariernya adalah Tuchel – dari segi pengurusan pasukan.

Nagelsmann berpegang kepada prinsip:

“Untuk menjadi jurulatih bola sepak yang berjaya, taktikal hanya 30% manakala 70% lagi adalah kompetensi sosial.”

Beliau sangat mementingkan persediaan taktikal. Sehinggakan di padang latihan Hoffenheim dulu beliau memasang skrin interaktif untuk kegunaan latihan.

Tapi kadangkala diorang main FIFA kat situ tau.

Matlamat ke Eropah tercapai!

Kemenangan 1-0 ke atas Eintracht Frankfurt pada 30 April 2017 adalah yang paling bersejarah. Hoffenheim berjaya mendapatkan slot untuk kelayakan UCL buat pertama kalinya dalam sejarah kelab.

Pemilik kelab tersebut sejak dari 2015, Dietmar Hopp, pemilik syarikat database terkemuka SAP sangat berbangga menjadi sabahagian daripada sejarah gemilang ini.

Mereka tidak pernah ragu akan kemampuan Nagelsmann yang ketika itu masih 28 ketika beliau dilantik menjadi pengurus pasukan utama.

Bak kata orang, memang dah takdir dia lebih kepada seorang pengurus walaupun dia seorang pemain berbakat besar.

Jurgen Klopp antara peminat Nagelsmann.

Pilih Liepzig Tolak Madrid

Pada 2019/20 Nagelsmann menyertai RB Leipzig. Ini selepas beliau menyatakan ia pilihan terbaik berdasarkan transisi kariernya.

Beliau mendapat tawaran daripada beberapa kelab gergasi termasuk Real Madrid. Namun Nagelsmann menolaknya.

Julian Nagelsmann mendedahkan bahawa beliau pernah menolak tawaran Real Madrid pada 2018 untuk menggantikan Zinedine Zidane.

Bukan kerana beliau tak gembira dengan tawaran itu, tetapi merasakan ianya tidak masuk akal.

Semua pengurus di dunia pastinya tertarik untuk menguruskan Real Madrid terutama sekali pengurus baharu.

Kegagalan mendapatkan Nagelsmann membuatkan Madrid melantik Julen Lopetegui untuk jawatan tersebut.

Pada 2019 Nagelsmann, telah memutuskan untuk menerima tawaran RB Leipzig dan membantu pasukan itu menamatkan saingan di tangga ketiga Bundesliga.

Pengurus muda berusia 33 tahun itu menegaskan beliau merasakan menyertai Real Madrid pada masa itu adalah terlalu awal untuk beliau mengendalikan pasukan sebesar itu.

“Kami ada bercakap menerusi telefon dan akhirnya saya yang membuat keputusan,” tegas Nagelsmann menjelang aksi suku akhir berhadapan dengan Atletico Madrid dalam Liga Juara Juara Eropah.

“Saya percaya itu bukan langkah yang tepat untuk pergi ke Real Madrid ketika itu. Saya salah seorang daripada calon untuk mengisi kekosongan di Real Madrid, tidak lama dahulu.”

“Bagi saya ianya sangat penting. Saya berbual mesra dengan Pengarah Urusan Real Madrid, Angel Sanchez dan akhir sekali saya memutuskan untuk tidak menerimanya.”

“Kami juga setuju, mungkin suatu hari nanti saya akan ke Real Madrid, jika mereka perlukan pengurus baharu dan saya pula ‘available’ pada masa itu.”

Nagelsmann menyatakan beliau memilih pasukan seperti Leipzig kerana ianya lebih logik.

“Saya nak langkah seterusnya saya selepas Hoffenheim menjadi lebih masuk akal. Saya cuba merancang karier dalam bola sepak walaupun sukar.”

“Saya masih muda, dan saya mahu memberikan ruang kepada diri sendiri untuk membangun. Leipzig adalah pilihan terbaik.”

“Rundingan kami pantas, ketika saya menerima tawaran di atas meja. Kami berunding dengan baik dan saya melihat ini adalah langkah saya seterusnya.”

“Leipzig pasukan lebih besar dan memiliki budget lebih besar berbanding Hoffenheim, yang akan membantu saya terus meningkatkan keupayaan diri.”

“Mereka juga memberikan saya kebebasan untuk menyatakan apa sahaja idea saya dan terlibat dalam perpindahan serta membentuk cara permainan di atas padang.”

Selain Real Madrid, beliau juga pernah menolak Bayern Munich di atas alasan yang sama.

Sejarah bersama Leipzig

Pada malam 14 Ogos 2020, Nagelsmann yang baru meraikan harijadi ke-33 pada Julai, telah meraikan detik paling bersejarah dalam kariernya dan juga Leipzig.

Beliau membantu Leipzig mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah pertama kalinya dalam sejarah sejak kelab itu ditubuhkan pada 2009.

Menariknya beliau akan bertemu dengan mentornya, Thomas Tuchel di separuh akhir. Tuchel membimbing PSG.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan