Jumlah Gaji Kesebelasan Utama Dan Kedua Paris Saint Germain

Kontrak Georginio Widjnaldum berakhir di Liverpool selepas 5 musim bersama kelab itu. Pemain tengah ini dibeli dari Newcastle United pada harga £25 juta pada musim 2016-17.

Barcelona memancingnya, ketika hanya menunggu proses akhir dan sudah memberi janji manis, pemain Belanda ini secara tiba-tiba corner baring terbang ke Paris Saint Germain (PSG).

Gaji £6.9 juta (€8 juta) setahun dari PSG membuatkan Wijdnaldum meninggalkan tawaran Barcelona £2.6 (€3 juta).

Sehingga artikel ini ditulis, Wijdnaldum masih belum sah menjadi pemain PSG tetapi akan menandatangi kontrak pada bila-bila masa.

Wijnaldum akan menyertai Leandro Paredes, Marco Verratti, Ander Herrera, Rafinha dan Idrissa Gueye.

Kumpulan pemain ini akan menjadi pilihan untuk Mauricio Pochettino membentuk pemain tengahnya.

Umum mengetahui kekuatan kewangan yang dimiliki oleh pasukan ini. Kelab mengeluarkan wang lebih sejuta pound seminggu untuk Neymar dan Kylian Mbappe sahaja.

Berapa banyak wang dikeluarkan untuk membayar gaji keseluruhan pemain pada musim ini.

Perancis 3 Bulgaria 0: Aksi Akrobatik Griezmann Dan 2 Sentuhan Dari ‘Formula 1’

BARISAN UTAMA

Keylor Navas merupakan penjaga gol utama PSG. Dia dibayar sebanyak £210 ribu seminggu. Layvin Kurzawa dan Alessandro Florenzi -pemain yang dipinjam dari AS Roma- masing masing dibayar £79 ribu dan £54 ribu.

Sementara itu Presnel Kimpembe menerima gaji £175 ribu disamping pasangan di pertahanan tengahnya Marquinhos menerima £238 ribu.

Bagi unit tengah Paredes dibayar £140 ribu, Verratti menerima £252 ribu dan Ander Herrera pula sebanyak £138 ribu. Nilai gaji trio pemaim tengah PSG sekitar £530 ribu.

Neymar merupakan penerima gaji paling mahal dengan bayaran sebanyak £606 ribu dan Mbappe berada di tempat ke-2 £403 ribu.

Angel de Maria yang menerima £235 ribu melengkapkan trio serangan PSG, kelab membayar £1.244 juta seminggu untuk bahagian serangannya.

Gaji keseluruhan bagi 11 pemain utama PSG adalah £2.53 juta seminggu atau sekitar £122 juta semusim.

BARISAN KEDUA

Sergio Rico menggalas peranan sebagai penjaga ke-2 PSG menerima gaji £44 ribu seminggu. Pertahanan sisi Colin Dragba menerima £58 ribu dan Mitchel Bakker sekitar £20 ribu.

Abdou Diallo dan Thilo Kehrer membentuk pertahaanan tengah pasukan, masing-masing menerima upah sebanyak £91 ribu dan 83 ribu.

Pemain tengah, Rafinha mendapat gaji £89 ribu dan Idrissa Gueye pula £115 ribu. Pereira yang dipinjam dari Porto mendapat bayaran sebanyak £35 ribu.

Di unit serangan Mauro Icardi merupakan pemain mahal dengan kadar gaji sebanyak £168 ribu.

Penyerang Argrntina itu bersama Julian Draxler dan Paulo Sarabia membentuk trio serangan. Draxler menerima gaji £126 ribu sementara itu Sarabia £87 ribu.

Gaji mingguan untuk barisan kedua PSG adalah £916 ribu.

Ini menjadikan PSG mengeluarkan wang sebanyak £3.446 juta seminggu atau hampir £166 juta setahun untuk 22 pemainnya sepanjang musim 2020-21.

Ia tidak termasuk beberapa lagi pemain seperti Moise Kean dan sebagainya.

WIJDNALDUM DAN DONNARUMMA

Dua pemain ini dijangka akan menyertai PSG dan kedatangannya semestinya meningkatkan lagi bil gaji kelab ini.

 

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil