Jurgen Klopp Lega Caicedo Dan Lavia Tolak Liverpool Sebelum Ini

Jurgen Klopp percaya bahawa ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ketika Moises Caicedo dan Romeo Lavia menolak tawaran mereka pada musim panas lalu. Dia awalnya menganggap itu satu bencana, selepas itu dia menyedari sebenarnya mereka bernasib baik.

Di mana Liverpool akhirnya pergi ke sasaran alternatif mereka iaitu Wataru Endo yang dilabel Klopp sebagai pemain sangat luar biasa.

Klopp terdesak mencari pemain tengah baharu terutama sekali selepas 2 pemain tengah mereka Henderson dan juga Fabinho secara mengejut mahu meninggalkan kelab itu untuk menerima tawaran dari Arab Saudi.

Liverpool berusaha mendapatkan Caicedo pada jendela perpindahan lalu dan sedia membayar £100 juta seperti diminta Brighton. Namun pemain itu menegaskan bahawa dia mahu menyertai Chelsea yang disokongnya sejak kecil.

Liverpool kemudian pergi ke sasaran kedua mereka iaitu Romeo Lavia dengan nilai £168 juta – yang mana pemain itu turut menolak untuk menyertai Liverpool kerana tidak yakin dengan projek Klopp berbanding Pochettino di Chelsea.

Kini Klopp menyatakan bahawa mereka sebenarnya ‘bernasib’ baik kerana gagal mendapatkan 2 pemain itu dengan nilai £168 juta. Nilai yang sangat besar terpaksa dibayar kerana inflasi pasaran pemain dan keperluan pasukan pada masa itu.

Klopp membuat komen itu ketika bercakap kepada wartawan di hadapan tempat duduk baharu yang ditambah di Anfield sebanyak 7,0000 tempat duduk lagi menjelang aksi berdepan Man United hujung minggu ini.

“Pada musim panas lalu, ada beberapa perkara pelik berlaku dalam jendela perpindahan, antara kami, saya boleh kata, Ya Tuhan, kami sebenarnya bernasib baik kan.”

“Kami tidak tahumasa tu, dan saya tidak merasakannya [nasib baik] ketika masa itu, tetapi ya, saya sangat gembira ianya menjadi, kamu tak akan pernah tahu sebelum ni.”

“Kami menyedari bahawa ada beberapa pemain tengah defensif tak mahu menyertai Liverpool. Dan kamu tengok sendiri apa berlaku sekarang. Dan kemudian kami menemui [Wataru] Endo. Dia pemain luar biasa.”

Caicedo masih bergelut untuk menunjukkan prestasi sebenarnya di Chelsea pada ketika ini. Sehinggakan baru baru ini pengurus Chelsea, Pochettino mahukan gandingan Caicedo dan Enzo Fernandez untuk meningkatkan lagi mutu permainan mereka.

Lavia masih tidak dapat bermain kerana kecederaan di buku lali yang dia alami. Jika itu berlaku di Liverpool pastinya Klopp lebih pening kerana Liverpool tak seperti Chelsea yang memiliki pemain tengah yang lebih banyak pilihan.

Endo masih segar dengan jaringan luar biasa ketika Liverpool menang 4-3 secara dramatik ke atas Fulham. Di mana dia menjaringkan gol yang dianggap persis Steven Gerrard dari luar kotak penalti.

Endo mengakui dia agak bergelut untuk menyesuaikan diri dengan permainan fizikal di EPL.

“Ya lebih sukar daripada apa yang saya jangka. Namun saya benar benar gembira berada di sini. Saya dah berusia 30 tahun namun saya rasa saya ada peluang lagi untuk meningkatkan diri sebagai pemain bola sepak. Dan saya gembira kerana dapat membangunkan diri saya di sini.”

Baca yang lain