Kai Havertz Dengan Beraninya Salahkan Todd Boehly Punca Chelsea Huru Hara

Penyerang antarabangsa Jerman, Kai Havertz mungkin dalam keadaan terlalu emosi ketika dia memetik pemilik kelab sebagai punca kepada masalah Chelsea.

Memang ramai yang memiliki pandangan serupa, namun untuk Kai Havertz, pandangannya yang terbuka itu jelas sekali meletakkan dia dalam bahaya.

Kai Havertz menjelaskan, kenapa Todd Boehly punca kepada masalah Chelsea musim ini.

Segalanya bermula apabila Todd Boehly memecat Tuchel secara mengejut.

Sedangkan Chelsea bermula dengan tenang tenang sahaja pada awal musim ini. Pemecatan Tuchel dipercayai menjadi punca kepada krisis prestasi Chelsea menurut Havertz.

Ini kerana Tuchel adalah pengurus yang memberikan mereka kejuaraan UCL sebelum ini.

Playmaker Jerman itu sering digunakan dari bangku simpanan, dengan ketiga-tiga pengurus Blues bergelut untuk mencari kesebelasan utama yang konsisten, dengan kekurangan penyerang jelas menjadi masalah kerana hanya 30 gol Liga Perdana Inggeris sahaja yang telah mereka dijaringkan.

“Segala sesuatu yang boleh menjadi tak betul telah berlaku untuk kami tahun ini,” kata Havertz dalam temu bual dengan penerbitan Jerman Kicker.

“Musim ini sebenarnya bermula dengan agak tenang. Kami mempunyai perubahan pada pemilikan, yang merupakan perubahan besar untuk keseluruhan kelab.”

“Dan kemudian, tiba tiba Thomas Tuchel dipecat. Ianya sudah tentu sentiasa memberikan impak kepada pasukan seperti ini apabila anda telah berjaya dengan jurulatih tersebut dan kemudian dipecat entah dari mana.”

Polisi Todd Boehly di Chelsea mulai dipersoalkan. Dia mengetuai sendiri jawatankuasa rekrut pemain, sebagai ketua rekrut.

Seterusnya dia memecat Tuchel yang dianggap tidak cukup bagus berbanding Graham Potter untuk memacu cita cita kelab itu di bawah pemilikannya.

Tidak lama selepas itu, Graham Potter turut dipecat. Kini Chelsea dikendalikan interim, iaitu Frank Lampard, sementara mencari pengurus tetap yang akan mengendalikan pasukan itu musim depan.

Chelsea akan berdepan dengan Arsenal di Emirates awal pagi esok waktu Malaysia.

 

Baca yang lain