Kaka: Pemain Yang Mendefinisikan Brazilian No.10 Dengan Caranya Tersendiri

Jika korang mencari kesempurnaan di dalam bola sepak, korang tak akan jumpa. Namun ada pemain merupakan orang yang paling sempurna di sebalik ketidaksempurnaan itu.

Ataupun mereka adalah pemain yang dipisahkan dengan garis kecil daripada sempurna.

Jika di posisi no.10, Kaka adalah pemain itu.

Ricardo Kaka antara pemain nombor 10 yang terbaik di dalam sejarah bola sepak. Terutama sekali ketika peak dia di AC Milan.

Malah beliau telah mendefinisikan semula posisi nomor 10 ketika bersama Brazil.

Korang tengok gambar ni dah tahu betapa hebatnya Maka menjadi pemain penting untuk 2 pasukan hebat ketika itu iaitu

AC Milan

Dan Brazil

Di Brazil mereka percaya seorang pemain nombor 10 (peranan tau bukan nombor baju) itu haruslah ada fancy footwork yang menggiurkan.

Ricardo Kaka pula memang tipikal pemain no.10 ala Eropah. Pemain yang dribble bukan dengan kaki ala Ronaldinho. Tetapi mereka tetap penggelecek yang unggul dengan kepantasan gerakan.

Mereka lebih lasak dan keras.

Beliau pernah berkongsi cerita bagaimana beliau sendiri bukan pemain yang dikurniakan dengan bakat luar biasa. Namun beliau berlatih sangat banyak dengan sistem akademi yang bagus.

Ingat senang nak bersaing tempat jadi pemain utama Brazil.

Selama ini pengulas akan menggelar pemain seperti Robinho, Ronaldinho, Bebeto, Denilson sebagai Brazilian no.10 yang klasik.

Namun Kaka membuktikan gaya bola sepak no.10 Eropah beliau boleh diperagakan di Brazil bersama dengan generasi emas Brazil era Ronaldo Fenomeno.

Malah Kaka menjadi pemenang Ballon d’or terakhir sebelum duopoli Messi Ronaldo. Sehinggalah Luka Modric pada 2018 memecahkannya semula.

Ancelotti menikmati prestasi terbaik Kaka ketika di AC Milan.

Malah membentuk sistem permainan berpandukan kekuatan Kaka. Itu bukan mudah korang nak lihat dilakukan oleh seorang jurulatih yang reputasinya sangat tinggi seperti Carlo Ancelotti.

AC Milan bermain sistem diamond kerana Kaka. Mereka mahu memastikan no.10 pada Kala itu dioptimumkan sebaiknya.

Rafa Benitez baru baru ini menyatakan betapa sukarnya nak memikirkan taktik mahu mengekang Kaka. Jika dibiarkan beliau akan membuli pasukan kamu walaupun hanya berseorangan, Kaka mampu.

Namun selepas itu beliau terpaksa meninggalkan AC Milan ke Real Madrid kerana kelab mahu menjualnya untuk generate duit. Bukan mudah Kaka nak tinggalkan AC Milan.

Ketika itu Milan ada krisis kewangan.

Di Real Madrid Kaka gagal menyerlah seperti di AC Milan. Selain daripada isu kecergasan dan kecederaan, boleh dikatakan jiwa beliau tertinggal di San Siro.

Sebelum menamatkan kariernya di MLS, Kaka pernah kembali ke AC Milan dan dia sendiri meminta dimasukkan klausa, kalau dia tak bermain, AC Milan tak perlu membayar gajinya.

Bukti cintanya kepada Milan.

Kaka akan sentiasa menjadi pemain yang dihormati kawan dan lawan.

Nah, test air mata jantan korang.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di