‘Kami Bukan Ultraman Dari M78’, Jadi Berapa Banyak Planet Kediaman Ultraman?

— Oleh: Mohd Afiq Hafizuddin @ Afiq Rowley

Walaupun ramai mengetahui tempat kelahiran Ultraman adalah dari Nebula M78 atau dikenali sebagai Land Of Light atau Planet Of Ultra. Namun, tidak ramai yang mengetahui ada beberapa Ultraman bukanlah berasal dari sana malah mempunyai komuniti tersendiri di planet tersendiri.

Misalnya, Ultraman King yang merupakan pemerintah utama di Nebula M78 tidak tinggal di M78 dan memantau planet tersebut dari jauh dan menetap di sebuah planet tersendiri yang diberi nama King Star.

Ultraman Leo dan Astra juga bukanlah berasal Nebula M78, tetapi mereka berasal dari sebuah planet asing yang diberi nama, Planet L77.

Planet ini mempunyai persamaan seperti Nebula M78 dan mempunyai kehidupan bermasyarakat tersendiri selain mengamalkan corak pemerintahan Monarki. Malangnya planet ini telah dimusnahkan oleh Alien Magma dalam suatu tragedi.

Hasil serangan Alien Magma telah menyebabkan planet ini musnah dan cuma Leo dan Astra sahaja terselamat dan kini menetap di M78 bersama pahlawan Ultra yang lain.

Seterusnya merupakan Planet U40. Ultraman yang berasal dari planet ini ialah Ultraman Joneus dan Ultraman Titas. Masyarakat di Planet ini mengenakan budaya Greek dan mengamalkan corak pemerintahan berbentuk Demokrasi. Kebanyakan pahlawan Ultra dari planet ini bertubuh tegap dan sangat kuat.

Selepas itu ialah Planet O50 yang menjadi tempat kelahiran Ultraman Orb, Rosso, Blu, dan juga Ultraman Fuma. Asal usul planet ini agak misteri dan masih belum didedahkan sepenuhnya.

Planet lain yang tidak didedahkan Tsuburaya namun menempatkan sebilangan Ultraman ialah Nebula Z95 yang merupakan tempat asal Ultraman Zearth, Ultraman Hotto, Kitto, dan Ultraman Motto.

Ada juga Ultraman yang berasal dari bumi dan menggunakan tenaga bumi sebagai punca tenaganya iaitu Ultraman Gaia dan Ultraman Agul dan Victory

Ultraman lain yang masih tidak dikenalpasti asal usulnya seperti Ultraman Tiga,Dyna,Cosmos,Nexus,Noa (Nexus), Ginga, dan beberapa Ultraman lagi.

Jelas sudah? Jadi anda jangan salah anggap jika semua Ultraman hanya datang dari satu planet yang sama sahaja. Kebanyakan Ultraman generasi baharu tidak datang dari M78 tetapi dari asal usul yang berbeza.

Sekian.

Artikel ini sumbangan Afiq Rowley yang merupakan peminat setia Ultraman dan juga drama drama Jepun

Baca yang lain