Kane Tak Mahu Ke PSG Yang Sanggup Bayar €100 Juta Untuknya

Harry Kane benar benar mahu meninggalkan Spurs pada jendela perpindahan kali ini. Namun dia tak mahu ke kelab lain selain Bayern.

Sebelum ini Spurs menolak 2 bidaan daripada Bayern bernilai €70 juta dan €80 juta.

Bayern sedia melancarkan bidaan ketiga namun buat masa ini Levy benar benar tidak mahu menjual pemain itu kecuali Bayern sanggup membayar €120 juta untuk Harry Kane.

Laporan dari wartawan Jerman, Florian Plettenburg menyebut bahawa Kane benar benar mahu berpindah ke Bayern Munich.

Dan Kane mendapat tahu bahawa PSG turut berminat dengannya. Dan dia memberitahu kelab bahawa dia tidak mahu ke PSG.

PSG adalah kelab yang sanggup membayar Spurs €100 juta untuk pemain itu. Berbanding dengan Bayern yang merasakan harga Kane tidak setinggi itu.

Namun situasinya sekarang ini, Kane mahu menyertai Bayern sahaja. Dia boleh untuk tidak mengendahkan tawaran PSG dan kekal sehingga tamat musim ini, lalu pergi secara percuma ke Bayern musim hadapan.

Tindakan Kane yang tidak mahu ke PSG itu akan membuatkan Spurs tidak dapat untuk melihat perang bidaan harga antara kelab Bayern dan PSG.

Dengan Bayern benar benar berada di kedudukan terbaik untuk mendapatkan Kane.

PSG mahu menjadikan Kane bintang utama mereka terutama sekali jika mereka kehilangan Kylian Mbappe.

Kane melihat Bayern sebagai kelab terbaik untuknya. Boleh membantunya untuk menjulang trofi major pertama dalam karier bola sepaknya.

Baca yang lain