Kantoi Langgar PKP Di Kolam Pancing, Aiman Tino Dakwa Terperangkap Dan Kecewa Dengan Polis

Penyanyi popular, Muhammad Aiman Yusri, ataupun dikenali Aiman Tino meluah kekecewaannya kepada pihak polis yang menurutnya enggan mendengar penjelasannya dan dia dan beberapa ahli keluargannya ditahan ketika serbuan di sebuah kolam memancing.

Aiman Tino antara mereka yang dikompaun RM1,000 kerana melanggar PKPB.

Aiman Tino berkata, ketika itu dia bersama ayahnya, Yusri Ishak, 51, dan adiknya Muhammad Haikal, 14, berada di lokasi ketika polis menyerbu masuk kawasan kolam berkenaan.

Aiman yang popular dengan lagu Rela Dibenci kelihatan tak rela dikompaun namun terpaksa.

Aiman berkata: “Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut syarat Prosedur Standard Operasi (SOP) yang disediakan pemilik kolam ini. Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan turun lebat.”

“Ramai pengunjung berteduh pada bangsal terbuka pada satu tempat ketika itu yang melebihi 20 orang, polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung.”:

Harian Metro melaporkan seramai 59 pemancing termasuk dua pekerja warga asing dikenakan kompaun RM1,000. Ini kerana kesemua mereka telah melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada petang semalam.

Aiman yang kecewa menyatakan yang patut dikompaun adalah pengusaha kolam dan bukannya 59 pemancing yang berada di situ.

“Saya kesal disaman pihak polis bersama para pengunjung lain. Kami dibekalkan syarat asas tatacara urusan kebenaran kolam pancing yang betul dan turut mengamalkan apa yang dikehendaki,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, pemilik kolam tidak ada di situ. Dan membiarkan kolam itu diuruskan oleh pekerja warga Bangladesh. Lalu dia terasa teraniaya.

Yusri berkata: “Kami kerap memancing di kolam yang terletak hanya dua kilometer dari rumah berdekatan jalan utama di Kuala Kubu Bharu menyebabkan ramai datang memancing di situ.”

“Kolam ini memang terkenal sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Kami bukan sengaja langgar peraturan dan buat masalah,” katanya.

Mohd Yusri mengesahkan bahawa mereka dikehendaki melunaskan bayaran kompaun RM1,000 di Pusat Kesihatan Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya pada 8 Jun ini.

Dia berikrar akan mebawa kes ini ketengah untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan.

Sumber: Harian Metro

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di