Karenah Isteri Antara Punca Henderson Terdesak Mahu Pulang Ke Eropah

Jordan Henderson dilaporkan sudah hampir diperkenalkan sebagai pemain baharu Ajax.

Sebelum ini Henderson menarik minat beberapa kelab eropah setelah dia terbuka menyatakan dia mahu kembali ke kancah bola sepak Eropah.

Henderson turut menarik perhatian dua kelab iaitu Juventus dan Ajax.

Al Ettifaq sebenarnya sudah cuba menghalang pemain itu daripada berpindah pertengahan musim namun gagal.

Dia menjadi sasaran utama Juventus di bawah Allegri. Pengurus itu benar benar berminat dengan Henderson. Malangnya kelab Itali itu cuma menawarkan kontrak 6 bulan secara pinjaman.

Henderson meminta kontrak 18 bulan sekurang kurangnya. Rundingan akhirnya gagal.

Kini Henderson berunding dengan satu lagi kelab Eropah iaitu Ajax. Dan dia akan menjalani ujian medilkal pada hari ini untuk memuktamadkan perjanjian itu secara rasmi.

Henderson mahu meninggalkan Arab Saudi kerana dia tidak gembira dengan kehidupan di sana. Walaupun pada awalnya dia mendakwa misi dia adalah untuk membantu membangunkan bola sepak di Arab Saudi.

Isteri Henderson antara faktor penting mempengaruhi perkara tersebut. Di mana, kerana isterinya, Rebbeca, maka Jordan Henderson memutuskan untuk tinggal di Bahrain, kerana negara itu dianggap lebih liberal berbanding Arab Saudi.

Namun ianya membuatkan jarak perjalanan Henderson ke pusat latihan sangat jauh. Di mana dia perlu menempuhi perjalanan kira kira sejam dari rumah ke markas Al Ettifaq.

Henderson juga dikatakan tidak gembira bermain dalam atmosfera yang hambar di Arab Saudi. Di mana perlawanan melibatkan Al Ettifaq tidak dapat menarik ramai penyokong. Sehingga satu ketika hanya disaksikan 696 penyokong sahaja.

Henderson mengorbankan sebahagian besar kontraknya untuk menyertai Ajax. Dan dia kembali semula ke Eropah.

Baca yang lain